Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Thursday, July 19, 2012

Perangkap Maut Di Bangau Parit

5 perangkap maut

TEMERLOH: Pembinaan sistem perparitan di Kampung Bangau Parit dekat sini, bukan kemudahan yang boleh dibanggakan, sebaliknya dianggap perangkap maut oleh penduduk kampung kerana lima saluran longkang setiap satu selebar 1.5 meter dan dalamnya lebih tiga meter tidak ditutup.

Ramai terkejut melihat sistem perparitan sepanjang lebih 600 meter yang menelan belanja RM100,00 projek Pembangunan Luar Bandar (PLB) itu boleh mengundang bahaya kepada penduduk terutama kanak-kanak.

Ketua Kampung Bangau Parit, Fazli Zulkarnain Mohd Norawi, 48, berkata, penduduk gembira kerana PLB membina sistem perparitan teratur untuk memastikan kampung mereka bersih.

“Namun, apa yang mengecewakan ada lima saluran longkang setiap satu selebar 1.5 meter dan dalamnya lebih tiga meter tidak ditutup.

“Bayangkan jika kanak-kanak terjatuh ke dalam lubang longkang berkenaan sudah tentu cedera atau meninggal dunia,” katanya.

Sehubungan itu Fazli meminta pihak berkuasa tempatan mengambil langkah segera menutup lubang perangkap maut itu sebelum kejadian tidak diingini berlaku.
Sumber: Harian Metro, Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/19

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design