Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Friday, July 13, 2012

Apabila Piranha Serang Manusia di Selatan China

Apabila Piranha Serang Manusia di Selatan China

 Gambar (kiri) mangsa gigitan piranha manakala gambar (kanan), seorang penduduk menunjukkan ikan piranha bergigi tajam yang ditangkap di Sungai Guangxi.

Nelayan tempatan di tempat kerja Kredit Liuzhou: APTN




Gambar yang diambil pada 7 Julai, 2012 luka menunjukkan penduduk digigit oleh gigi tajam piranha  di Liuzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di barat daya China. Baru-baru ini, dua orang telah digigit di Sungai Liujiang oleh piranha yang berasal dari Amerika Selatan. Bilangan piranha di Sungai Liujiang sedang disiasat dan jabatan-jabatan berkenaan akan mengambil langkah-langkah yang sama.

 Gambar yang diambil pada 8 Julai, 2012 menunjukkan gigi tajam piranha di Liuzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di barat daya China. Baru-baru ini, dua orang telah digigit di Sungai Liujiang di Liuzhou oleh piranha yang berasal dari Amerika Selatan. Bilangan piranha di Sungai Liujiang sedang disiasat dan jabatan-jabatan berkenaan akan mengambil langkah-langkah yang sama. [Xinhua]
Sumber Gambar:  google

Beijing: Sebuah bandar di selatan China memberi amaran kepada penduduk supaya berhati-hati dengan ancaman piranha selepas ikan itu menyerang dua orang yang masuk ke dalam sungai.

Malah, pihak berkuasa bandar itu menawarkan hadiah wang tunai 1,000 yuan (RM500) setiap seekor ikan bagi sesiapa yang dapat menyerahkannya, hidup atau mati, lapor media di sini, semalam.

 Seorang penduduk, Zhang Kaibo, berkata tangannya terpaksa dijahit selepas tiga ikan itu menyerangnya ketika dia membasuh anjing peliharaannya di tepi sungai.

Dia berjaya menangkap seekor ikan itu tetapi ia mati tidak lama kemudian.
“Ibu saya sudah memotongnya dan kami merancang untuk makan tetapi beberapa pegawai tempatan datang dan mengambilnya untuk tujuan kajian,” kata Zhang.

Penduduk diminta buru Piranha

Pihak berkuasa perbandaran Guangxi di Liuzhou meminta penduduk memburu dan menangkap ikan itu yang berasal dari Amerika Selatan.
Ikan itu menggigit dua penduduk awal minggu ini ketika mangsa berada di Sungai Liujiang, lapor China Daily.

“Pihak berkuasa melarang penduduk menggunakan pukat untuk menangkap ikan di kawasan sungai yang lalu di bandar itu tetapi tidak di tempat lain kerana ada langkah keselamatan diambil.

“Selain itu, lima bot membawa nelayan berpengalaman sudah ditempatkan di sungai itu sejak Isnin lalu,” kata pegawai Liuzhou, Wei Yongwen.

“Selain itu, lebih 40 nelayan lain daripada sebuah persatuan memancing tempatan turut menyertai usaha ini. Mereka menggunakan cebisan kecil khinzir untuk mengumpan ikan itu,” katanya lagi.

Ada juga penduduk berkumpul di tepi tebing sungai membawa joran sendiri untuk membantu, katanya.

“Agak menakutkan ikan seperti itu berada di sungai ini. Saya tidak dapat berenang lagi di situ. Saya harap mereka dapat tangkap semua piranha dalam masa terdekat,” kata seorang penduduk, Liu Junjie.

Kebimbangan tidak berpanjangan

Bagaimanapun, kebimbangan pihak berkuasa dan penduduk tidak dijangka berpanjangan kerana ikan itu mati apabila suhu air turun di bawah 15 darjah Celcius di Guangxi terutama apabila tiba musim sejuk, kata China Daily.

Media China melaporkan, ikan itu mungkin dilepaskan oleh penduduk yang membelinya sebagai haiwan perhiasan dan pihak berkuasa kini melakukan pemeriksaan bagi menyekat jualannya.

Sumber: Agensi 
Berita Harian







0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design