Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Saturday, July 28, 2012

HKL Cipta Sejarah Kembar Siam berjaya dipisah

Tahniah HKL Cipta Sejarah Kembar Siam berjaya dipisah

Muaiman (kanan) dan Muaimin beberapa hari selepas dilahirkan pada 14 April, 2011. - Foto Ihsan HKL

Azli di samping Muaimin ketika ditemui di Institut Pediatrik HKL, hari ini, sementara Muaiman berada di bilik bedah.

TIONG LAI menziarahi Muaimin Azli (depan) dan kembarnya
Muaiman Azli yang selamat menjalani pembedahan pemisahan di Hospital Kuala Lumpur semalam.  

 Tahniah HKL, kerana teknik pembedahan memisahkan sistem saluran kencing dan kemaluan Muaiman Azli serta adiknya, Muaimin, berusia 15 bulan adalah yang pertama dilaporkan di dunia.

INFO KEMBAR SIAM MUAIMIN AZLI, MUAIMAN AZLI :

-Anak kedua dari empat beradik
- Dilahirkan pada 14 April 2011 di Hospital Sultanah Aminah (HAS), Johor Bharu.
- Dihartar ke HKL pada 15 April 2011
- mempunyai tiga kaki 
- Tulang pelvik bercantum
- berkongsi pundi kencing 
- Tiada dubur
- satu alat sulit
- Dipisahkan pada 14 April 2012 pada jam 10.10 malam
- Kembar siam ke 14 berjaya dipisahkan dalam pembedahan di HKL

HKL Cipta Sejarah Kembar Siam berjaya dipisah

KUALA LUMPUR – Pakar-pakar perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mencatat satu lagi sejarah apabila berjaya memisahkan kembar Siam berusia setahun yang berasal dari Segamat, Johor dan bercantum di bahagian tulang pinggul baru-baru ini.

Mereka yang terdiri daripada 19 pakar bedah dan anastetik serta 36 jururawat dan pegawai perubatan berjaya memisahkan kembar Muaiman Azli dan Muaimin dalam satu pembedahan maraton selama 24 jam.

Pasangan kembar tersebut yang bercantum di bahagian tulang pinggul dan turut berkongsi usus dan saluran kencing tetapi tiada lubang dubur, selamat menjalani pembedahan untuk pemisahan pada 15 Julai lalu.
Ketua Jabatan Bedah Pediatrik HKL, Datuk Dr. Zakaria Zahari berkata, pembedahan tersebut bertujuan memisahkan dan menstrukturkan semula anggota badan kembar tersebut

“Kami berjaya memisahkan mereka pada pukul 10.10 malam pada hari pertama pembedahan iaitu 14 Julai lalu sebelum dua pasukan pakar bedah bertanggungjawab ke atas bayi tersebut masing-masing.


“Mereka kini berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan pembedahan bagi tampalan kulit memandangkan luka pembedahan itu agak besar,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut meluangkan masa melawat kembar berkenaan di Wad Pediatrik, HKL.

Muaiman dan Muaimin telah dilahirkan pada 14 April tahun lalu di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru sebelum mereka ditempatkan di HKL keesokan harinya iaitu 15 April.

Tambah Zakaria, salah seorang daripada bayi berkenaan akan memiliki satu kaki sahaja memandangkan hanya tiga anggota badan berkenaan yang terbentuk.

“Kita lihat dulu keadaan mereka dalam masa dua minggu. Sekiranya semua berjalan lancar kembar berkenaan akan mula menjalani fisioterapi,” katanya.

Sumber; Kosmo

HKL pertama di dunia berjaya pisahkan pundi kencing kembar siam

Kuala Lumpur: Hospital Kuala Lumpur (HKL) mencatat sejarah bidang perubatan apabila berjaya memisahkan pundi kencing dan kemaluan ketika pembedahan pemisahan pasangan kembar siam pada 14 Julai lalu.

Ini kerana teknik pembedahan memisahkan sistem saluran kencing dan kemaluan Muaiman Azli serta adiknya, Muaimin, berusia 15 bulan adalah yang pertama dilaporkan di dunia.

Hasil pembedahan itu, dua beradik yang sebelum ini bercantum pada bahagian pinggul, mempunyai tiga kaki dan berkongsi satu kemaluan, kini memiliki sistem saluran kencing dan kemaluan masing-masing.

Sumber; Berita harian

HKL berjaya pisahkan kembar Siam

KUALA LUMPUR - "Sebaik kedua-dua keluar dari bilik bedah dalam keadaan terpisah, hanya rasa syukur dan gembira dapat menggambarkan perasaan kami sebaik sahaja melihat anak kembar keluar dari bilik bedah dalam keadaan terpisah dan selamat." Demikian menurut Azli Sabran, 40, bapa kepada pasangan  kembar Siam yang berjaya dipisahkan melalui pembedahan yang berlangsung selama 24 jam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 15  Julai lalu.
Kembar tersebut, Muaiman dan Muaimi, yang kini 15 bulan, bercantum di bahagian tulang pinggul yang turut sama berkongsi usus, dan saluran kencing.
"Ketika kandungan isteri masuk bulan kelapan, kami sudah maklum anak kembar kami dalam keadaan bercantum.
"Dan, sejak itu, perasaan bimbang menyelubungi kami sekeluarga, sehinggalah Muaimin dan Muaiman berjaya dipisahkan (15 Julai lalu)," kata Azli kepada Sinar Harian, ditemui selepas lawatan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ke HKL semalam.
Azli menambah, Ramadhan dan Aidilfitri kali ini sangat bererti buat mereka sekeluarga apabila melihat anak kembarnya berjaya  dipisahkan walaupun terpaksa berhadapan dengan pandangan negatif segelintir ahli keluarga terhadap dirinya.
"Ada juga yang menyalahkan saya apabila Muaiman dan Muaimin dilahirkan begini, dan ia memberi tekanan kepada saya. Namun ada ahli keluarga yang sentiasa menyokong saya dan isteri untuk lebih tabah menjalani ujian Allah.
"Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada pasukan bedah HKL yang menjayakan pembedahan anak kembar saya, serta kakitangan Pediatrik yang banyak membantu menguruskan mereka,"katanya yang berasal dari Felda Pemanis 2, Segamat Johor, itu.
Difahamkan, isterinya, Nazilah Abdullah,38, kini sedang berpantang di Segamat.
Sementara itu,Ketua Bedah Pediatrik HKL, Datuk Dr. Zakaria Zahari, berkata, kembar siam tersebut mula dibedah pada 14 Julai, jam 8 pagi dan dipisahkan pada jam 10.10 malam sebelum pembedahan itu berakhir pada jam 8 pagi keesokan harinya.
Menurutnya, seramai 19 pakar bedah dan bius serta 36 jururawat serta kakitangan perubatan HKL dari Jabatan Pediatrik, pembedahan plastik dan Ortopedik terlibat dalam pembedahan tersebut.
"Kedua-dua mereka berkongsi pundi kencing dan tulang pinggul, jadi setelah dipisahkan, pihak HKL terpaksa membuat penstrukturan semula (reconstruction) saluran kencing dan tulang pinggul kedua-dua mereka.
"Mereka juga akan menjalani pembedahan tampalan kulit berikutan masalah luka hasil pembedahan memisahkan mereka, dan kita harap ia menjadi pembedahan terakhir untuk kali ini,"katanya.
Tambah beliau, selepas dua minggu pembedahan, kedua-dua mereka akan menjalani fisioterapi.
"Ini merupakan pembedahan kembar siam ke 21 di Malaysia dan ke 14 di HKL, kali pembedahan kali ini adalah paling kompleks disebabkan cantuman di tiga bahagian tersebut.
"Semua pembiayaan pembedahan adalah ditanggung kerajaan,"katanya.

Sumber; sinar Harian.



 

4 comments:

mamawana said...

Alhamdulillah

Rumah Berkunci said...

Alhamdulillah..syukur sangat kedua-dua mereka berjaya dipisahkan. semoga mereka bertambag sihat..

ummu said...

mamawana
alhamdulillah
salam ramadhan utk mamawana ye

ummu said...

rumah berkunci

terima kasih ya sudi tinggalkan komen di sini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design