Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Tuesday, July 24, 2012

Peluang Pekerjaan Lepasan Institusi Agama Indonesia, Banyak kekosongan bidang agama: Jamil

Peluang Pekerjaan Pelajar yang mengikuti pengajian di institusi agama di Indonesia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ada mempunyai rakan lepasan IAIN Indonesia, yang bekerja sebagai Guru jQAF. Tambahan pula keperluan jQAF memang sangat diperlukan dewasa ini.

Ada juga yang diterima masuk ke KPLI Sekolah Rendah dalam bidang Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Berdasarkan pengalaman, klien lebih suka jika seorang Guru Kaunselor yang mempunyai latar belakang pendidikan agama secara formal.

Ini kerna, sesetengah klien malu bertemu ustaz ustazah, jadi sudah kebetulan kaunselor mempunyai latarbelakang pendidikan agama secara formal, mudah bagi klien bertanya berkaitan kemyuskilan hukum hakam Islam.

Banyak kekosongan bidang agama: Jamil

Kuala Lumpur: Isu kekurangan peluang pekerjaan pelajar yang mengikuti pengajian di institusi agama di Indonesia mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Serentak itu, beliau akan menemui pemimpin Persatuan Kebajikan Pelajar Malaysia-Indonesia (PKPMI) kerana menganggap masalah itu tidak sepatutnya berlaku berikutan banyak kekosongan jawatan dalam bidang agama di negara ini seperti guru Kelas Jawi, al-Quran, Bahasa Arab Komunikasi dan Fardu Ain (JQAF) serta perbankan Islam. 

“Saya bimbang mereka masuk institusi pengajian tidak diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sehingga sukar cari kerja,” katanya selepas menyampaikan juadah berbuka kepada golongan miskin di Dataran Daruzzakah, di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan BH kelmarin, mengenai graduan agama di Indonesia gagal mendapat kerja seperti didedahkan PKPMI pada sesi dialog bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bali, baru-baru ini.

Jamil Khir berkata, faktor lain menyebabkan masalah itu juga mungkin disebabkan graduan terbabit memohon jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) atau mahu berkhidmat sebagai pegawai atau kakitangan di ibu pejabat dan pejabat jabatan agama yang mempunyai jawatan terhad.

“Bagi mengelak masalah sukar dapat kerja, pelajar kita di luar negara perlu mendapatkan pengesahan JPA, sama ada pengajian mereka diiktiraf kerajaan atau sebaliknya.

“Ada institusi pengajian tinggi (IPT) di luar negara tidak mengutamakan kualiti akademik, sebaliknya mempermudahkan kemasukan pelajar,” katanya.

Mengenai majlis di Dataran Daruzzakah, beliau berkata, program dikendalikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu berjalan sepanjang Ramadan dan setiap hari 500 bungkusan makanan diagihkan kepada golongan asnaf. (Sumber; Berita Harian)

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design