Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Tuesday, July 24, 2012

Rakyat Malaysia di Syiria Dibawa Balik

Rakyat Malaysia di Syiria Dibawa Balik



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat beramal ibadah puasa di siang hari dan amalan soleh solehah di malam hari kepada semua muslimin dan muslimat dari seluruh dunia yang membaca blog ini.

Tertarik dengan kenyataan Saudara Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, 25, Exco Penerangan Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS).:

Ketika ditanya mengenai keadaan rakyat Malaysia di sana, dia menjelaskan, rakyat Syria telah banyak membantu memastikan keselamatan mereka terjamin.

“Jika ada pelajar Malaysia yang pulang lewat daripada kuliah, beberapa orang penduduk yang lengkap bersenjatakan parang dan kayu akan mengiringi pelajar kita pulang ke rumah dengan selamat,” katanya.

Mungkin berminat nak lihat artikel ini, Lelaki Jubah Putih di Syiria, sila klik di sini.

Artikel dan gambar di bawah dipetik daripada Kosmo Online. Ikuti Semua Ingin Balik Ke Malaysia dan Menggigil Dengar Tembakan.

Semua ingin balik ke Malaysia


MUHAMED AMAN (depan) sibuk menguruskan misi membawa pulang pelajar Malaysia di pejabat PPMS di Damsyik, Syria. 

Petugas Persatuan Pelajar Malaysia Syria, Aman Akil dan Syahidan Abu Hanifah (kanan) mengemaskan barang-barang untuk pulang ke Malaysia di pejabat persatuan itu dekat Mujtahid, Damsyik . - Gambar ihsan Muhammad Nadir Al-Nuri


KUALA LUMPUR – Sekretariat Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) sedang berusaha untuk menguruskan dokumen perjalanan dan proses pemindahan 128 pelajar di Damsyik sebelum diserah kepada pihak Kedutaan Malaysia untuk urusan dengan pihak imigresen negara bergolak itu.

Menurut Ahli Jawatankuasa PPMS, Muhamed Aman Akil, 23, semua pelajar terbabit sudah menghantar pasport masing-masing untuk urusan mendapatkan visa keluar (exit visa) daripada kerajaan Syria.


“Terdapat dua atau tiga orang lagi pelajar yang sudah kita kenal pasti belum menghantar pasport mereka tetapi kita tahu mereka sama seperti yang lain ingin sangat pulang ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Syria bergolak dengan perang saudara berikutan keengganan Presiden Bashar Al-Assad untuk meletakkan jawatan sehingga mendorong kumpulan pemberontak meneruskan perjuangan menentang askar-askar kerajaan sejak Mac tahun lalu.

Ketika ini semua pelajar wanita ditempatkan di satu kawasan dekat Rukmuddin, Damsyik manakala pelajar lelaki pula masih tinggal di rumah masing-masing di sekitar kawasan Mujtahid.

Kawasan tersebut berdekatan antara satu sama lain dan mereka boleh dihubungi dengan mudah.
Muhamed yang juga pelajar tahun dua di Ma’ahad Abu Nour berkata, pihaknya sudah mengenal pasti tujuh pelajar lagi tidak akan pulang bersama-sama dengan semua 128 pelajar termasuk 10 orang ekspatriat yang berkhidmat di negara tersebut.

“Ada di antara mereka sedang menanti untuk mengambil peperiksaan ulangan dan selebihnya memang tidak mahu pulang kerana mereka sudah lama berhijrah ke sini,” ujar pelajar jurusan syariah dan Bahasa Arab itu.

Dia menjelaskan, kesemua pelajar sudah tidak sabar untuk pulang ke tanah air dan berharap tidak berdepan dengan halangan.

“Kami sudah membantu pelajar-pelajar mengemaskan barang-masing-masing dan mereka semua kelihatan begitu teruja untuk pulang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Exco Penerangan PPMS, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, 25, berkata, dia sedang menyiapkan modul penerangan untuk diserahkan kepada semua pelajar sebelum mereka pulang ke tanah air.

Badan menggigil dengar tembakan

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Malaysia yang baru pulang ke Syria setelah bercuti di Istanbul, Turki menceritakan saat cemas untuk kembali ke Damsyik yang merupakan ibu kota Syria apabila helikopter tentera berlegar-legar di udara sambil melepaskan tembakan bertalu-talu.

Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, 25, berkata pada mulanya, dia menaiki bas dari bandar Aleppo menuju ke Damsyik.

Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di Jisir Baghdad, pihak tentera menahan kumpulannya dan tidak membenarkan mereka meneruskan perjalanan.

“Saya terpaksa berjalan kaki sejauh 25 kilometer untuk ke Damsyik namun bersyukur dapat menumpang sebuah lori bersama tiga rakan warga Syria,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Syria bergolak dengan perang saudara berikutan keengganan Presiden Bashar Al-Assad untuk meletakkan jawatan yang telah menyebabkan kumpulan pemberontak meneruskan perjuangan menentang askar-askar Syria sejak Mac tahun lalu.

Menurut Muhammad Nadir, ketika tiba di pinggir bandar Damsyik pada pukul 7.30 malam, sebuah helikopter berlegar di ruang udara sambil melepaskan tembakan ke arah sebuah bangunan. 

“Bunyi letupan meletus dan berselang-seli dengan bunyi tembakan ke udara. 


“Kami begitu takut dan saya tidak putus-putus berzikir dalam hati supaya dapat pulang dengan selamat,” ujar pemuda itu yang merupakan Exco Penerangan Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS).

Pelajar jurusan Syariah dan Bahasa Arab di Ma’ahad Dawil, Damsyik itu yang mempunyai keluarga di Bandar Baru Bangi, Selangor bersyukur kerana terselamat.

“Tidak ada mayat kelihatan tetapi kerosakan pada bangunan sekitar kawasan itu jelas dapat dilihat,’’ katanya.

Ketika ditanya mengenai keadaan rakyat Malaysia di sana, dia menjelaskan, rakyat Syria telah banyak membantu memastikan keselamatan mereka terjamin.

“Jika ada pelajar Malaysia yang pulang lewat daripada kuliah, beberapa orang penduduk yang lengkap bersenjatakan parang dan kayu akan mengiringi pelajar kita pulang ke rumah dengan selamat,” katanya.

Kumpulan pertama dari Syria tiba Rabu - Anifah

23/07/2012 8:33pm

KUALA LUMPUR – Kumpulan pertama seramai tujuh pelajar Malaysia di Syria yang dibawa pulang berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara Asia Barat itu, dijangka tiba di tanah air Rabu ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, mereka akan berlepas dari ibu negara Syria, Damsyik, pada 5.45 petang waktu tempatan esok dan dijangka tiba di tanah air, 2.55 petang Rabu, melalui penerbangan Emirates EK346.

Kumpulan kedua seramai 33 pelajar Malaysia akan berlepas pada 5.45 petang waktu tempatan pada Rabu dan dijangka tiba 2.55 petang Khamis, juga melalui penerbangan Emirates juga.

"Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik sedang berusaha memastikan semua pelajar dapat dipindahkan dengan segera,” kata Anifah dalam satu kenyataan hari ini.

Bilik Operasi kementerian yang dibuka 24 jam boleh dihubungi di talian 03-8889 2746, 8887 4570, 8887 4770, 8889 2809, 019-315 4080, 019-341 4080 dan 019-278 4556. – BERNAMA

 



0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design