Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Thursday, July 05, 2012

Persediaan Ke Gerbang Ramadhan

Persediaan Ke Gerbang Ramadhan


الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده

اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي 
وعلى آله وصحبه وسلم


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillahirabbila'alamin. .Wassolatu wassalamu atas Rasul junjungan khotimul anbiya’ Muhammad S.A.W.

Bersyukurku ke hadrat Ilahi kerana masih dipinjamkan nikmat usia untuk terus di nobatkan sebagai khalifah dan Hamba Allah di muka bumi.. 

Syukur sekali lagi kurafakkan pada Ilagi atas sebesar-besar nikmat kurniaan Ilahi, iaitulah nikmat Iman yang kita ditunjuki  dan nikmat Islam yang kita warisi dan jadikan sebagai satu cara hidup yang syumul.

Alhamdulillah, kita telah melepasi bulan Rejab yang penuh dengan barakah. Kini kita telah melangkah ke 16 Syaaban.

 Dalam bulan Rejab 1433 Hijrah (2012), kita telah sama-sama menyaksikan beberapa peristiwa penting yang berlaku di dunia. Begitu juga dalam Bukan Sya'ban ini.

 Dan pasti setiap diri kita ada sejarah yang tak dapat dilupakan pada Rejab dan Sya'ban ini. Misalnya asaya sendiri. Pada awal Sya'ban lalu, kenderaan suami saya mengalami kemalangan. Kemalangan kali ini agak teruk. 

Kenderaan kami langsung tidak boleh bergerak. Kemek dan remuk. Cermin pecah. Almaklumlah berlanggar dengan lori tanah. Nak elak, tepi jalan tu pula gaung.

Namun syukur kepada Allah. Kecederaan anak-anak tidaklah teruk. Terima kasih uncle Cina yang tolong keluarkan dan pujuk anak-anak saya.

Terima kasih juga kepada saudara dan sahabat-sahabat yang membantu keluarga saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Semoga ukhuwah kita diberkati dan dirahmati Allah dunia akhirat. Amin.

Kini telah hadir Sya'ban. Tinggal tak sampai 15 hari sahaja lagi, Ramadhan menguak diri. Di kesempatan ini, pada entry ini saya tulis pada 16 Sya'ban.

 Marilah kita sama-sama membaca selawat ke atas Rasululluah SAW.

Berselawat ke atas Nabi s.a.w. merupakan ibadat dan jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: 


“Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. 

[Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

Ingin lihat Kisah Benar, Pesawat Terselamat Berkat Selawat Nabi, klik di sini.

TUJUAN ALLAH MENCIPTAKAN MANUSIA

Tujuan Allah SWT menciptakan manusia ialah untuk berubudiyah kepada Allah SWT berdasarkan kepada firman Allah SWT di dalam Surah Adz Dzariyat ayat 56 yang bermaksud:

“Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia, hanyasanya untuk berubudiyah kepadaKu.”
 ( Adz Dzariyat 51 : 56)

Puasa ialah salah satu bentuk ubudiyah yang difardhukan khusus di dalam bulan Ramadhan bagi melahirkan mukmin bertaqwa dalam erti kata yang sebenarnya.

Ia adalah ibadah yang dituntut bagi melahirkan bentuk ubudiyah yang lebih besar dan menyeluruh meliputi ibadah-ibadah yang lain seperti solat, mengeluarkan, mengerjakan haji dan lain-lain. 

Ibadat puasa itu sendiri merupakan sumber motivasi dalam membina potensi, semangat dan kekuatan muslim. Sekiranya ia dilakukan dengan penuh kesedaran dan dilaksanakan dengan perlaksanaan yang terbaik maka jiwa manusia dapat dibebaskan daripada kongkongan nafsu yang bersifat keduniaan dan kebendaan.

Dan kehadiran bulan Ramadhan adalah salah satu bentuk proses untuk menghasilkan taqwa yang diredhai oleh Allah SWT.

DOA  RASULULLUAH SAW KETIKA MENGHAMPIRI RAMADHAN

Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul SAW

Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. 



Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ,

'‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ 

(Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).

Ramadhan Bulan Kecintaan dan Kerinduan
 
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. 

Pernah digambar di dalam sirah para sahabat Rasulullah SAW bahawa mereka adalah satu kelompok manusia yang sangat merindui dan mencintai kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak. Rasulullah SAW dan para sahabat sentiasa memanjatkan doa kepada Allah SWT  dengan harapan agar dapat menjejaki kaki dan merasai penghayatan ibadah di bulan yang barakah ini.

Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan mengharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. 

Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.

Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita?

Kenapa para sahabat begitu teruja dengan kehadiran Ramadhan?

Sudah tentu, padanya terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan yang sangat banyak dan berharga. Jelas kepada kita, Ramadhan adalah bulan yang sangat indah dan cukup istimewa di hati orang-orang yang beriman. Inilah bulan pendidikan dan bulan peningkatan Iman.

Firman Allah SWT :

“ Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil).”
 ( Al- Baqarah 2 : 185)

INPUT, PROSES DAN OUTCOME RAMADHAN AL KAREMM

Pada entry ini, mari kita beri tumpuan di dalam membicarakan soal Ramadhan. 

Perkara yang akan dilihat ini boleh dilihat dari sudut input, proses dan outcome dalam menghadapi Ramadhan.

1) INPUT:


Input boleh kita gambarkan sebagai titik tolak dan persiapan yang akan menjadi pemacu kepada proses Ibadah yang akan dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan. 

2)PROSES:

Proses pula ialah aspek perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang akan mendidik jiwa dan hati untuk mencapai target serta menghasilkan outcome yang dihajati setelah melalui bulan Ramadhan.

3) OUTCOME

Manakala, outcome pula ialah hasilan daripada proses yang telah dijalani sepanjang bulan Ramadhan iaitu menjadi mukmin yang bertaqwa.


A point to ponder : 

"Ramadhan bukan bulan kerehatan, tetapi Ramadan adalah bulan pertempuran"

Ya Allah! For thee, let my breath be more pleasant than musk
Ya Allah! For thee, let me be thankful when day turns to dusk
My thoughts and heart are purified, my eyes truly see'
This blessed month, the month of spiritual rhapsody!

( Ya Ramadan - by Noor Syed )

PERSEDIAAN MENGHADAPI RAMADHAN
PERSEDIAAN IMAN

       1. TAUBAT NASUHA

            Taubat yang benar.Melakukan solat Sunat taubat, Istighfar dan berazam meninggalkan maksiat  dan tidak melakukannya lagi.

            Taubat adalah lambang kerendahan dan sifat kehambaan. Taubat bererti penyesalan dan keinsafan. Bulan Ramadhan adalah bulan memperbanyakan taubat dan mengembalikan jiwa kepada kesucian fitrah yang asal. 

Hadith Riwayat Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah bersabda : 

“ Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.”

 (Diriwayatkan oleh Imam Nasai’, Ibnu Habban dan Baihaqi)
 
2.  SOLAT

     Sentiasa tekun mendirikan Solat Fardhu 5 waktu. Usah sekali tinggalkan solat fardhu.
     Pertingkatkan ibadah solat dari segi kesempurnaan, dan banyak melaksanakan solat secara berjemaah. Pada masa yang sama juga lazimkan diri dengan memperbanyakan solat-solat sunat seperti solat sunat taubat, Solat Sunat Hajat dan Solat tahajud.

3. DOA
     Sentiasa berdoa kepada Allah. Dalam Bahasa Melayu pun takpe. Namun ada suatu doa daripada hadith Shohih :

           Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ,

           '‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ 

(Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).


            " Allahumma Ballighna Ramadhan."

4. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).

5. Membaca Al-Quran. Jika tidak berapa mahir membaca Al Quran, bacalah Al Quran dalam Juz Amma. Surah yang pendek seperti Al Ikhlas. Sekurang-kurangnya ada membaca Al Quran dalam sehari.

6. Mujahadah untuk bangun malam. Jika tak mampu, cubalah buat sedikit sedikit dahulu. Misalnya beberapa kali seminggu).

7.  Rajinlah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Setiap hari mesti ada aktiviti berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

 PERSEDIAAN ILMU

       1. Membaca dan belajar Buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa. Seeloknya apabila belajar bab agama ini, hendaklah berguru dengan guru yang muktabar.
 
2. Membaca buku-buku sejarah Nabi Muahammad SAW dan para sahabat as sabiqu nal aw walun. 

3. Mendengar menghadiri majlis ilmu tentang Ramadhan.

4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan. 

PERSEDIAAN JIWA DAN ROHANI

1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
 
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).

3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.

4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.

5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.

Input Menghadapi Ramadhan

Di dalam melaksanakan sesuatu perkara, menyediakan persediaan jiwa dan persiapan hati merupakan sesuatu yang sangat penting. Seharusnya, Ramadhan itu dilalui dengan niat yang bersih dan menetapkan satu “mindsetting” yang betul agar titik tolak Ramadhan itu betul, sahih dan mengikut acuan syara’.

Para ulama menyifatkan Ramadhan sebagai satu madrasah ( institusi pendidikan seperti kolej atau sekolah). Sebagai sebuah sekolah sudah tentulah ia mempunyai matlamat, sistem kurikulum yang tersendiri.

Peranan utama Ramadhan ialah melahirkan para graduan yang bertakwa apabila individu itu benar-benar melalui sistem dan kurikulum selama berada di madrasah ini.

Seharusnya, di dalam menghadapi bulan Ramadhan seseorang itu harus melakukan persiapan dan  penyediaan yang meliputi daripada pelbagai aspek dan memahami hakikat sebenar kehadiran Ramadhan sebagai institusi pentarbiyah jiwa dan mendidik muslim mukmin untuk mencapai taqwa.

 Jika kita lihat kepada sirah  generasi para sahabat Baginda Rasulullah SAW, hati dan jiwa mereka sentiasa segar mengingati bulan Ramadhan. Sepanjang enam bulan pertama sebelum tibanya bulan Ramadhan para sahabat akan bersungguh-sungguh  berdoa agar diberi peluang untuk berada di bulan Ramadhan.

Antara input yang perlu ada dalam diri seorang individu dalam melaksanakan persiapan Ramadhan ialah memahami sistem Islam itu dan menghayati  tuntutan ibadah puasa serta ibadah lain yang akan dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan.

 Sekiranya ini berlaku, ia umpama mindsetting kepada individu tersebut bahawa kehadiran bulan Ramadhan adalah seperti kursus intensif di dalam proses penyucian jiwa bagi melahirkan jiwa-jiwa yang bersih dan jernih. Jiwa sebeginilah yang dihajatkan bagi memperolehi darjat yang tinggi di sisi Allah SWT.

Persekitaran yang baik dan amalan-amalan kebaikan yang dilaksanakan seharian di dalam kehidupan juga boleh menjadi salah satu bentuk persiapan bagi menghadapi ibadah di bulan Ramadhan.

 Ia akan memudahkan dari segi aspek perlaksanaan amalan soleh di dalam bulan Ramadhan kerana suasana-suasana yang baik dan soleh ini mampu memberi rangsangan dan dorongan kepada seseorang untuk memiliki perasaan dan keghairahan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Selain daripada itu, persiapan yang menyeluruh meliputi aspek fakulti keinsanan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek harus berjalan dengan seimbang dan bersepadu. Ia menjelaskan kepada kita bahawa, persiapan menghadapi bulan yang penuh rahmat dan barakah ini wajar dipersiapkan dengan persiapan yang holistik, menyeluruh dan seimbang.

 Sehubungan dengan itu, medan yang terbaik untuk melakukan persiapan ini harus bermula seawal bulan Rejab dan teruskan di bulan Syaaban agar seseorang itu melangkah ke bulan Ramadhan dengan persediaan yang rapi meliputi segala aspek.


Input inilah yang harus menjadi agenda utama di dalam persiapan diri seseorang yang inginkan Ramadhan sebagai medan ibadah yang terbaik di dalam kehidupannya. Persiapan menyuburkan persekitaran dengan amalan yang soleh, persediaan yang meliputi aspek fakulti keinsanan  dan perlaksanaan amal perlu diseimbangkan agar Ramadhan yang dilalui itu menghasilkan bunga-bunga ketaqwaan yang akan menghiasi taman-taman kehidupan seseorang mukmin itu sendiri.

Proses pentarbiyahan Ramadhan

Setibanya di bulan Ramadhan, bagi individu-individu yang telah melakukan persiapan dan persediaan yang rapi maka mereka akan melalui proses ibadah di bulan Ramadhan dengan penuh perasaan kecintaan, kerinduan serta dibakar dengan semangat yang berkobar-kobar dan membara .

 Bulan yang penuh barakah dan rahmat ini, akan dihayati dan disyukuri kehadirannya dan secara tidak langsung akan dipenuhi dengan segala bentuk ibadah kepada Allah SWT dengan niat yang bersih serta sentiasa melaksanakannya dengan sempurna agar ia benar-benar dikira sebagai amalan yang terbaik untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
 
Ibadat puasa itu sendiri merupakan sumber motivasi dalam membina potensi, semangat dan kekuatan muslim. Sekiranya ia dilakukan dengan penuh kesedaran dan dilaksanakan dengan perlaksanaan yang terbaik maka jiwa manusia dapat dibebaskan daripada kongkongan nafsu yang bersifat keduniaan dan kebendaan. Proses ini seterusnya akan melahirkan individu yang jiwanya penuh merasai kehambaan kepada Allah SWT dan bukannya menjadi hamba kepada nafsu.

Outcome Ramadhan

1) Persiapan Ilmu dan Iman

Ilmu adalah input, eleman dan unsur terpenting bagi memandu manusia untuk melaksanakan sesuatu ibadah dengan betul dan sempurna. Dengan ilmu, ibadah tersebut akan dilaksanakan dengan bersumberkan Al-Quran dan As Sunnah. Persediaan iman merupakan pra syarat utama bagi melayakan individu muslim menerima amanah Ramadhan ini. Seharusnya, satu perancangan dilakukan dengan meletakan matlamat, strategi, pelan tindakan, dan kawalan

2) Solat

Pertingkatkan ibadah solat dari segi kesempurnaan, dan banyak melaksanakan solat secara berjemaah. Pada masa yang sama juga lazimkan diri dengan memperbanyakan solat-solat sunat seperti solat sunat taubat, hajat dan dirikan solat malam sepanjang bulan Ramadhan

3) Puasa

Puasa merupakan medan untuk membulatkan keazaman, kesabaran, dan ketabahan hati kepada Allah SW. Puasa ini merupakan medan latihan yang memerlukan ketabahan dalam menanggung kesusahan dan menghadapi kesulitan. Tingkatkan mutu dan kualiti ibadah puasa dengan sentiasa menyemaknya dari semasa ke semasa.

4) Al-Quran

Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Bulan kita dianjurkan untuk perbanyakan membaca dan mentadabur Al-Quran. Bukan sahaja membaca tetapi juga, memahami erti Al-Quran, dan mengamalkannya dalam kehidupan. Al-Quran merupakan jalan pembersihan hati , terkandungnya pelbagai hikmah, punca pancaran hidayah, sumber penawar sanubari dan kaedah menghidupkan hati yang sangat penting bagi seluruh manusia.

5)  Solat sunat terawih

Solat sunat terawih adalah solat sunat mu’akadah yang sangat dituntut dan boleh dikerjakan sendiri atau berjemaah. Ia adalah syiar dan memberi kesan yang sangat besar dalam kehidupan muslim.Dan solat sunat ini hanya ada semasa bulan Ramadhan sahaja. Terawih bermaksud rehat. Kerehatan yang memberikan kemanisan beribadah dan menyegarkan jiwa serta hati kepada sesiapa yang melaksanakannya dengan ikhlas.

6)  Muhasabah

 Menghisab dan memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT adalah jalan-jalan membina rasa kehambaan kepada Allah SWT. Ia adalah sesuatu yang sangat penting bagi melahirkan rasa kekerdilan diri dan membina jiwa kehambaan. Koreksi diri dan menilai diri terhadap diri, amalan dan segala kehidupan di dunia ini setiap malam adalah amalan para nabi,para sahabat dan juga generasi salaful soleh.

7) Sabar

Latihan ibadah di bulan Ramadhan terutamanya puasa kerana ia mampu melemahkan kekuatan syahwat dan kemarahan. Dalam masa yang sama, puasa mendidik kesabaran dan latihan mengendalikan nafsu di samping sanggup menanggung derita lapar, sabar dalam ketaatan, sabar untuk menjauhi maksiat dan sabar menghadapi kesusahan.

8) Doa dan Munajat

Firman Allah bermaksud : 

“ Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara perlahan.” 
( Al-Araf 7 : 55) 

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mustajab untuk berdoa. Terutama di waktu fajar, selepas qiamullail dan tahajud.

9) Menanti Lailatul Qadar

Lailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkatan yang mempunyai keistimewaan malam lebih baik dari seribu bulan. 

Rasulullah SAW pernah bersabda : “ Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir. Jika salah seorang di antara kalian tidak mampu atau lemah, maka hendaklah dia tidak ketinggalan untuk mengejar tujuh malam yang tersisa.” 

(HR Bukhari dan Muslim)

10) Istighfar

Memperbanyakan beristighfar kerana ia akan menyinari hati agar terus hidup dan segar serta membangkitkan perasaan untuk mengerjakan kebaikan dan kebenaran. 

Firman Allah SWT bermaksud : 

“ Dan mohonlah ampun kepada Allah. Sesungguhnya Allah Pengampun Lagi Maha Penyayang.” ( An-Nisa’ : 106)

Natijah Ramadhan
 
Madrasah Ramadhan yang dilalui dengan keikhlasan, keimanan dan kesungguhan akan menghasilkan seorang mukmin yang bertaqwa dan terdidik dengan didikan keimanan kepada Allah SWT. 

Inilah “outcome” daripada madrasah Ramadhan. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” 

( Al- Baqarah 2 : 183)

Bulan Ramadhan melahirkan peribadi bertaqwa, bebas dan merdeka. Ramadhan adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh mukmin sejati untuk melatih diri untuk mencapai taqwa seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT. 

Hasilan inilah yang ingin dicapai agar segala yang dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan membuahkan natijah yang nyata dan diredhai oleh Allah SWT.

Penutup

Semoga proses pentarbiyahan di dalam bulan Ramadhan akan menghasilkan taqwa dalam erti kata yang syamil dan kamil serta memenuhi tuntutan untuk membentuk seseorang individu sebagai seorang hamba Allah SWT.

 Justeru, inilah hakikat perhambaan Allah SWT yang sebenarnya iaitu di mana ubudiyah itu berlaku pada setiap masa, ketika dan waktu. Semoga ruh Ramadhan, membuahkan kemenangan di pagi bulan Syawal yang penuh barakah dan diteruskan di dalam bulan-bulan yang lain. InsyaAllah.


3 comments:

Maiyah said...

salam...

kejap btul msa berlalu, dah nk posa.. slmt menunaikan ibadah puasa

C'Jai said...

Alhamdulillah...selamat semuanya...ujian Allah itu tarbiyah dan sabar itu Indah...
selamat menanti kedatangan ramadhan Kareem...
dok jengka ke..jegka kat mana...? :)

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga ummu sihat hendaknya dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT.

Sungguh besar maknanya berselawat kepada Rasulullah s.a.w. yang kita kasihi, sehingga Allah kurniakan 10 rahmat kepada kita jika kita berselawat sekali kepada Rasulullah s.a.w.

Moga Allah panjangkan usia kita semua dapat kiranya berjumpa dengan Ramadhan tahun ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design