Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, July 19, 2012

PIBG bantah murid bawa telefon bimbit ke sekolah

PIBG bantah murid bawa telefon bimbit ke sekolah

ALOR SETAR 18 Julai - Keputusan kerajaan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi, termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan dibantah oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang, Pendang dekat sini.

Yang Dipertuanya, Shaharol Niza Omar berkata, keputusan itu dikhuatiri menjejaskan tumpuan pelajar apabila kesempatan masa lapang yang sepatutnya dihabiskan dengan mengulang kaji pelajaran, digunakan untuk 'bermain' dengan peralatan berkenaan.


Katanya, ia juga dibimbangi menyebabkan berlaku kes-kes kecurian telefon bimbit yang sekaligus menjadi beban kepada guru dan pentadbir sekolah untuk membuat pemantauan.

"Meskipun bukan sesuatu yang wajib untuk pelajar menggunakan telefon bimbit dan peralatan komunikasi ke sekolah, jika dibenarkan sudah pasti ibu bapa juga terpaksa mengeluarkan belanja lebih bagi memenuhi kehendak anak-anak mereka," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

SUMBER; UTUSAN MALAYSIA DI SINI

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design