Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Sunday, July 29, 2012

Tragedi Kapal Terbakar dan Meletup di Labuan

Tragedi Kapal Terbakar dan Meletup di Labuan



KELIHATAN kapal tangki bahan kimia dan minyak sawit 
milik MISC Berhad Bunga Alpinia yang terbakar dalam tragedi itu.

 
Anggota bomba dan penyelamat memadam api pada kapal tangki minyak Bunga Alpinia yang musnah terbakar dan meletup di jeti terminal PETRONAS Chemicals Methanol Sdn Bhd


(Entry utama sehingga 29/7/2012, Ahad)

Takziah kepada keluarga mangsa.
Update Pada Sabtu:

Al Fatihah kita hadiahkan kepada mangsa kapal meletup iaitu Allahyarham  Mohd. Hanafi Kalil, 24, dari Melaka dan Allahyarham Zahari Hassim, 46, dari Negeri Sembilan. Mayat dua anak kapal ini telah ditemui.


LABUAN – Seorang maut manakala empat hilang apabila kapal tangki Bunga Alpinia membawa bahan bakar dan minyak sawit milik MISC Berhad terbakar dan meletup di Jeti Terminal Loji Petronas Methanol Labuan berdekatan Pulau Enoe, Zon Industri Rancha-Rancha dekat sini semalam.

Kejadian pukul 2.40 pagi itu dipercayai berlaku akibat kapal tersebut disambar petir ketika hujan lebat melanda pulau bebas cukai Labuan. 

Difahamkan kebakaran bermula dari dek kapal diikuti siri letupan sehingga kapal tersebut hampir hangus keseluruhan.


Tinjauan mendapati api yang marak atas kapal tersebut mencapai ketinggian melebihi tiga meter.
Api besar itu hanya mampu dipadamkan pasukan bomba dan penyelamat pada pukul 4 petang.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kejadian tersebut dimaklumkan oleh seorang polis bantuan, Asian Supply Base, yang sedang membuat rondaan di jeti terbabit.

Semasa kejadian, kapal tersebut membawa 29 anak kapal terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam warga Filipina yang sedang sibuk memunggah kargo berisi bahan bakar jenis methanol dari kapal turun ke jeti.


Ketua Polis Labuan, Deputi Superitendan Saiman Kasran yang berada di tempat kejadian kelmarin turut mengesahkan berikutan mangsa telah ditemui mati dalam keadaan melecur seluruh badan di kawasan kejadian jam 9.30 pagi kelmarin.

“Setakat jam 9.30 pagi, kita telah menemui mayat mangsa dalam keadaan melecur yang mana merupakan salah seorang daripada mereka yang hilang pada insiden terbabit. Operasi mencari masih diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu, dalam kenyataan MISC, kapal 38,000 DWT IMO II itu mempunyai 29 anak kapal yang terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam rakyat Filipina.

Seramai 24 anak kapal telah berjaya diselamatkan dalam insiden berkenaan.

Pengarah JBPM Labuan, Zainal Madasin berkata 64 anggota bomba dan enam jentera masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di kapal yang kelihatan senget itu.

Sementara itu, dilaporkan sebuah bangunan berhampiran milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami kerosakan dengan siling, tingkap dan pintunya pecah akibat gegaran susulan insiden itu.

Susulan insiden itu juga, operasi Stesen Janakuasa Patau-Patau milik SESB yang terletak bersebelahan terminal itu dihentikan sementara atas faktor keselamatan.

Pengarah Urusan SESB, Abdul Razak Sallim berkata ini bagi membolehkan pihak JBPM mengambil langkah pencegahan dan keselamatan.

“Penyaluran gas daripada Petronas Chemicals Methanol ke Stesen Patau-Patau juga terpaksa dihentikan serta-merta sehingga keadaan kembali normal dan selamat,” katanya.

Sumber; dari google. 


LABUAN - Dua mayat daripada empat mangsa yang hilang dalam kejadian letupan kapal tangki Bunga Alpina di Jeti Terminal Loji Petronas Methanol Labuan ditemui pasukan penyelamat semalam.

Mayat kedua-dua mangsa ialah Mohd. Hanafi Kalil, 24, dari Melaka dan Zahari Hassim, 46, dari Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Saiman Kasron berkata, kedua-dua mayat tersebut dijumpai terapung di laut iaitu kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian.

"Mayat Hanafi ditemui di Jeti Amsteel manakala mayat Zahari ditemui di Jeti Iron. Jeti Amsteel dan jeti Iron terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kapal tangki meletup," kata beliau di sini.
Menurut beliau, mayat mangsa yang pertama dijumpai pada pukul 12.41 tengah hari manakala mayat yang kedua dijumpai selang 16 minit kemudian.
Kedua-dua mayat yang melecur teruk itu dihantar ke Hospital Nukleus untuk bedah siasat.
Sementara itu, operasi mencari dua lagi mangsa yang hilang iaitu Muhamad Nazrin Khamsani, 20, dari Kuala Lumpur dan seorang warga Filipina, Colanggoy Errol Calaluan, 22, masih diteruskan.
Kapal Bunga Alpina yang meletup dan terbakar sudah ditunda ke tengah laut iaitu kira-kira 50 kilometer dari jeti bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Jabatan Alam Sekitar Sabah juga memasang perangkap minyak di sekitar lokasi kejadian bagi mengelakkan tumpahan minyak merebak.

Kelmarin, kapal itu membawa bahan bakar methanol terbakar selepas dipercayai disambar petir yang melanda kawasan tersebut.

Semasa kejadian kapal yang berlabuh di Jeti Terminal Loji Petronas Methanol itu mempunyai 29 anak kapal.

Sementara itu, bapa Hanafi, Kalil Abdullah, 46, berkata, dia amat terkilan kerana tidak sempat menatap wajah anak sulungnya yang terpisah sejak 19 tahun lalu.

"Kami sudah merancang untuk bertemu pada Aidilfitri ini tetapi hajat itu tidak kesampaian," ceritanya ketika ditemui di Hospital Nukleus di sini.

MISC: Usaha menyejukkan kapal bunga Alpinia diteruskan

KUALA LUMPUR - Kebakaran di atas kapal tangki milik Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) Berhad, Bunga Alpinia di Labuan, Sabah telah dikawal, dan kini usaha menyejukkan kapal itu masih diteruskan.

MISC dalam kenyataan hari ini berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan akan menilai keadaan kapal itu terlebih dahulu sebelum membenarkan usaha mencari empat anak kapal yang dilapor hilang dijalankan.

"Kami mengesahkan mangsa yang meninggal dunia ialah rakyat Malaysia, Shahril Azmi Baharudin, seorang tukang gris di atas kapal Bunga Alpinia. MISC akan menyediakan segala bantuan perlu kepada keluarga mangsa dan empat anak kapal yang hilang," kata kenyataan itu.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi semalam, kapal Bunga Alpinia terbakar, diikuti beberapa letupan yang menggegarkan labuan.

Ketika kejadian, terdapat 29 anak kapal terdiri dari 23 rakyat Malaysia dan enam Filipina di atas kapal yang membawa muatan metanol di Jeti Terminal Loji Petronas Methanol Sdn Bhd di Labuan.

Sementara itu, MISC telah menggerakkan pakar-pakar industri untuk membantu pihak berkuasa Malaysia dalam memastikan pelindungan yang berterusan terhadap alam sekitar, kapal dan penduduk di kawasan itu.

MISC juga bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan, kata kenyataan itu. - Bernama

1 comments:

Nurul Husna Mohd Hassan said...

mangsa terakhir jumpa dalam perut kapal..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design