Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Saturday, July 14, 2012

Abdul Khafiz Pelajar Tahfiz Malaysia Meninggal di Mesir

Pelajar Tahfiz Malaysia Meninggal di Mesir

Pelajar Malaysia maut jatuh van selepas bergelut dengan perompak


Al Fatihah Untuk Allahyarham Abdul Khafiz Mohamed Norok


Abdul Khafiz ketika koma di Hospital Amal, Ain Shams.

Kuala Lumpur: Abdul Khafiz Mohamed Norok yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir selalu menyuarakan hasrat untuk menetap di Kaherah dan permintaannya menjadi kenyataan kelmarin apabila jenazahnya dikebumikan di situ.  

Pelajar tahun akhir Maahad Qiraat Shoubra, itu maut selepas terjatuh dari sebuah van pengangkutan awam ketika cuba menyelamatkan diri daripada dirompak dua lelaki tempatan, awal pagi Rabu lalu.
Pelajar tahun akhir Maahad Qiraat Shoubra, itu maut selepas terjatuh dari sebuah van pengangkutan awam ketika cuba menyelamatkan diri daripada dirompak dua lelaki tempatan, awal pagi Rabu lalu.
Sebelum itu, Abdul Khafiz 25, bersama seorang rakannya, Muhaimin Yahya bergelut dengan perompak berkenaan.

Pelajar tahfiz yang baru selesai peperiksaan akhir bersama Muhaimin menaiki van itu jam 1.30 pagi untuk pulang ke kediaman mereka di Shoubra selepas menghadiri perjumpaan pelajar Malaysia di Abud, di pinggir Kaherah.

Setiausaha Agung Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Norhalis Syafiq Ahmad memberitahu BH, ketika dalam van, seorang lelaki tempatan yang duduk di depan tiba-tiba mengacukan pisau ke leher Muhaimin sambil mengarahkannya menyerahkan barang berharga.

Seorang lagi lelaki yang duduk di belakang berpindah ke tempat duduk sebelah Abdul Khafiz sambil menyeluk saku seluar mereka untuk mencari barang berharga.
“Sebaik lelaki terbabit kembali ke tempat duduk belakang, Abdul Khafiz yang mungkin panik membuka pintu van yang bergerak laju dalam cubaannya menyelamatkan diri tetapi terjatuh.

“Melihat kejadian itu, pemandu van memperlahankan kenderaan. Muhaimin kemudian melompat keluar untuk melihat rakannya,” katanya dihubungi di Kaherah semalam.

Abdul Khafiz yang tidak sedarkan diri akibat cedera parah di kepala, dihantar ke Hospital Maahad Nasir di pinggir Kaherah untuk rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Amal, Ain Shams. Muhaimin hanya cedera ringan.

Mangsa dari Kampung Asam Kumbang, Benut, Johor, koma 24 jam sebelum disahkan meninggal dunia kelmarin. Jenazahnya disembahyangkan di Dataran Hayyu A'syir dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Malaysia di Hayyu Asir kira-kira jam 4 petang Rabu.

Sementara itu, kakak mangsa, Norazizah, 29, berkata beliau tidak menyangka kata-kata adiknya menjadi kenyataan apabila arwah dikebumikan di negara itu akibat kejadian samun, kelmarin.

Difahamkan, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sudah membuat laporan polis dan masih menunggu hasil siasatan.

SUMBER; BERITA HARIAN, SABTU, 14 JULAI 2012

6 comments:

Ummi Iman said...

Takziah utk keluarga arwah

atuk said...

Assalamualaikum Ummu

Al Fatihah

makchaq said...

Makchaq tak dapat nak bayangkan perasaan ibunya..

Tapi Allah lebih sayangkan dia..

ummu said...

Ummi Iman,semoga keluarga mangsa tabah hadapi dugaan ini.

ummu said...

waalaikumussalam atuk
alfatihah untuk allahyarham

ummu said...

Makchaq moga ibunya sabar kan makchaq


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design