Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Sunday, July 08, 2012

Nutty Notty Menang Emas Rekacipta Antarabangsa

Pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah menang pertandingan rekacipta antarabangsa

Myukhuwwah mengucapkan Tahniah kepada para pelajar ini.




IPOH: Daya kreatif dan inovatif lapan pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah yang mencipta alat membuka nut tayar kereta menggunakan pam hidrolik, melayakkan mereka memenangi pingat emas dalam satu pertandingan pencipta muda di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.

Alat yang dinamakan "Nutty-Notty" dicipta bagi memudahkan penukaran tayar kereta tanpa menggunakan banyak tenaga dan mengambil masa yang singkat.

Idea menggunakan besi katil asrama terbuang bagi menghasilkan set membuka dan menukar tayar kereta mudah alih membawa tuah kepada lapan pelajar perempuan Sekolah Raja Perempuan Taayah (Serata) di sini, yang mengharumkan nama negara apabila menerima anugerah emas Pameran Antarabangsa Pereka Muda 2012 di Bangkok pada 28 hingga 30 Jun lalu.

Alat itu pada mulanya dicipta menggunakan besi katil sekolah dengan kos RM30 dan dibawa ke pertandingan sempena Pameran Antarabangsa bagi Pencipta Muda 2012 (International Exhibition for Young Inventors 2012) di Bangkok.

Ketua projek, Nor Ameerah Nawi, 17, berkata alat itu sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat terutama kaum wanita yang kebiasaannya mengalami kesukaran untuk menukar tayar kereta yang pancit.

"Nutty-Notty dapat membantu mengeluarkan nut pada tayar kereta kerana hidrolik dapat membantu menampung beban yang berat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Nor Ameerah berkata kebiasaannya untuk menanggalkan satu nut secara manual akan mengambil masa kira-kira enam minit, bagaimanapun penggunaan "Nutty Notty" hanya mengambil masa dua minit.

Beliau berkata alat yang dicipta oleh pelajar tingkatan empat dan lima itu dipatenkan pada 27 Mac lepas.

Selain Ameerah, pelajar lain yang turut mengambil bahagian adalah Afifah Husain, 17, Nur Syuhadah Shahirah Junaidi, 17, Nabilah Aliyah Ahmad Naim, 17, Nurul Shazleen Husna Saad, 16, Radin Aimi Aqilah Muhammad Anas, 16, Norfaranina Shahira Zulkipli, 16, dan Farah Hanis Fadzil, 16.

Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan Noor Aini Zainal Abidin berkata alat itu akan dipasarkan dalam tempoh terdekat.

"Nutty-Notty" akan dijual dengan harga RM100 seunit. - BERNAMA

2 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ummu

Alhamdulillah
tahniah

C'Jai said...

Wah..memang kreatif anak2 ni..Tahniah ye..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design