Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Wednesday, July 25, 2012

Tragedi Ramadhan Tetak ibu tegur tak puasa

Tetak ibu tegur tak puasa

Teluk Intan: Seorang remaja tergamak mencekik dan menetak ibunya dengan parang hanya kerana ditegur tidak berpuasa, kelmarin.


Dalam kejadian jam 2 petang di Kampung Redang Ponggor, Labu Kubong, Chenderong Balai, dekat sini, mangsa berusia 40 tahun yang sedang menyiapkan juadah berbuka, memarahi anak sulungnya berusia 19 tahun kerana tidak berpuasa. 

 Capai parang serang ibu


Suspek kemudian berang dan mencapai sebilah parang sepanjang 30 sentimeter lalu menyerang ibunya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata mangsa yang terkejut dengan tindakan anaknya cuba berlari keluar menyelamatkan diri, namun dihalang suspek yang kemudian mencekik ibunya.

Mangsa terpaksa bergelut sebelum diselamatkan seorang lagi anaknya, iaitu adik suspek. Akibat kejadian itu, mangsa cedera beberapa anggota badan termasuk lengan.

Marah ibu tuntut cerai

 
Siasatan awal mendapati selain ditegur, suspek dikatakan marah kepada ibunya kerana menuntut cerai daripada bapanya dan didakwa menjalin hubungan dengan lelaki lain, katanya di sini, semalam.

Kok Liang berkata, susulan laporan dibuat mangsa di Balai Polis Labu Kubong, polis menahan suspek jam 12.15 tengah hari semalam sebelum dia direman empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

 

2 comments:

makchaq said...

Allah hu Rabbi.. sedih.. kat mana la silapnya....

ummu said...

Ujian untuk ibu dan bapa anak ini....mungkin...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design