Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Friday, July 27, 2012

Harga 20 Barang Makanan Dikawal Sempena Aidilfitri 1433

Sempena Aidilfitri Harga 20 Barang Makanan Dikawal 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sempena Aidilfitri 1433 Hijriah/ 2012, terdapat 20 barang makanan yang dikawal harganya.

Gambar di bawah ialah senarai harga siling 20 jenis barangan harga terkawal untuk dikuatkuasakan mengikut Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011. 

Bagi senarai 20 Jenis barang Makanan mengikut Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2012, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata senarai barangan dan harganya telah pun siap dan akan dibentangkan ke kabinet dahulu sebelum diumumkan, dijangka seminggu sebelum Aidilfitri. 

Oleh itu, blog myukhuwwah hanya muatnaik gambar senarai barang makanan yang dikawal untuk tahun 2011 je.

Sumber diambil dari petikan Berita Harian tahun 2011 dan web rasmi KPDNKK.



BARANG-BARANG HARGA TERKAWAL
 SKIM KAWALAN HARGA MUSIM PERAYAAN
 HARI RAYA PUASA 2011
1.
 Ayam hidup
2.
 Ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal)
3.
 Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)
4.
 Daging lembu tempatan
5.
 Daging lembu import
6.
 Daging Kerbau Tempatan
7.
 Daging kerbau import (India)
8.
 Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji)
9.
 Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji)
10.
 Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji)
11.
 Kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk Beijing)
12.
 Cili merah
13.
 Tomato
14.
  Kelapa biji (borong)
15.
 Kelapa parut (runcit)
16.
 Bawang merah kecil (India)
17.
  Bawang putih (China)
18.
 Kacang Tanah Import
19
 Ikan kembung

Harga 20 barang makanan dikawal sempena Aidilfitri

20 Barang Makanan Skim Kawalan Harga Sempena Aidilfitri Dikenal Pasti

PUTRAJAYA, 26 Julai (Bernama) -- Sempena Aidilfitri tahun ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengenal pasti 20 jenis barangan makanan yang akan diletakkan dalam skim kawalan harga musim perayaan 2012.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata senarai barangan dan harganya telah pun siap dan akan dibentangkan ke kabinet dahulu sebelum diumumkan, dijangka seminggu sebelum Aidilfitri.

"Semua barangan itu adalah barang yang penting untuk kegunaan menjelang samputan hari raya dan ada harga yang turun sikit dan ada yang naik sikit berbanding tahun lepas," katanya kepada kepada pemberita di sini pada Khamis.

Ditanya mengenai sama ada barangan keperluan sempena hari raya mencukupi atau tidak, beliau berkata berdasarkan rundingan yang dibuat dengan pemborong, pembekal dan pengimport bekalan adalah mencukupi.

Sehubungan itu, Ops Ramadan akan dijalankan sepanjang bulan tersebut bagi memastikan tiada pihak atau peniaga yang cuba atau sengaja menyorokkan barangan keperluan makanan.

Terdahulu, Ismail Sabri merasmikan Program Jom Beli Barang@Putrajaya di Presint 2, yang menyediakan pelbagai jenis barangan keperluan sambutan Aidilfitri dengan harga murah.

Program berlangsung selama lima hari bermula semalam, menempatkan 250 gerai antaranya menjual pakaian dewasa dan kanak-kanak, kasut, beg, hiasan rumah, kosmetik dan tudung, dibuka mulai 10 pagi hingga 10 malam.

Beliau berkata program yang sama turut diadakan di beberapa negeri lain iaitu di Pusat Komersil Permatang Pauh Pulau Pinang (26-30 Julai); Stadium Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah dan di Dewan Merdeka Seri Manjung Perak (25-29 Julai); Terengganu Trade Centre Terengganu (3-7 Ogos) dan Dataran Bandaraya Kota Kinabalu Sabah (26-29 Julai).

Mengulas mengenai tindakan kementerian menukar empat Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) negeri Kedah, Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan, beliau berkata itu adalah perkara biasa.

"Kalau pegawai cemerlang akan dihargai kalau tidak akan diambil tindakan itu biasa dan mungkin mereka tidak sesuai di negeri itu dan kita tukar balik mereka ke Kuala Lumpur," katanya.

Empat pegawai berkenaan dikenakan tindakan selepas Jawatankuasa Siasatan Dalaman kementerian mendapati mereka gagal menjalankan tugas dengan sempurna.

-- BERNAMA

20 disenarai barangan harga terkawal

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam mengumumkan senarai harga siling 20 jenis barangan harga terkawal untuk dikuatkuasakan mengikut Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011.

Skim kawalan harga berkenaan akan dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti pencatutan 2011 berkuat kuasa selama 15 hari bermula pada 23 Ogos hingga 6 September depan. 

 Antara barangan itu ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan pedal), ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan pedal), telur ayam gred A, B dan C.
Daging lembu tempatan, daging lembu import, daging kerbau tempatan, daging kerbau import (India), kubis bulat import, cili merah, tomato, kelapa biji (peringkat borong saja), kelapa parut (peringkat runcit saja), kacang tanah import, bawang merah kecil (India), bawang putih (China), bawang besar import dan ikan kembung.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, skim kawalan harga bagi tahun ini dibuat berdasarkan penentuan harga maksimum oleh pengeluar, pemborong dan peruncit yang dibuat mengikut kewajaran bagi penguatkuasaan kawalan harga yang lebih berkesan.

“Sehubungan itu, pada skim kawalan harga pada kali ini, kerajaan membuat penentuan harga siling bermula pada peringkat pengeluar (ladang) untuk ayam hidup dan telur ayam bagi memastikan harga berpatutan bagi manfaat pengguna dan peniaga.

“KPDNKK juga membuat penentuan harga maksimum ini bagi pengeluar, borong dan runcit ini adalah berdasarkan kepada maklumat harga daripada beberapa sumber,” katanya ketika mengumumkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011 di sini, semalam.
Info

Harga barang terkawal bagi setiap kilogram (kg)


ayam hidup - RM6.10 / kg
ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan pedal) - RM7.20 / kg
ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan pedal) - RM8.05
telur ayam gred A - RM0.36 per biji
telur ayam gred B - RM0.35 per biji
telur ayam gred C. - RM0.34 per biji
daging lembu tempatan - RM20 / kg
daging lembu import - untuk Sarawak saja
daging kerbau tempatan - RM20 / kg
daging kerbau import (India) - RM12.50 / kg
kubis bulat import - RM3.20 / kg
cili merah - RM11 / kg
tomato - RM4.50 / kg
kelapa biji (peringkat borong saja) - RM1.50 sebiji (Hanya di perngkat pemborong saja)
kelapa parut (peringkat runcit saja) - RM6 / kg
kacang tanah import - RM6.50 / kg
bawang merah kecil (India) - RM4.50 / kg
bawang putih (China) -RM6 / kg
bawang besar import - RM3 / kg
ikan kembung - RM11 / kg

*Nota: harga barang terkawal yang ditetapkan di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

 

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design