Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Wednesday, July 18, 2012

PKNK Beli Saham FGV Tindakan Bijak

PKNK Beli Saham FGV Tindakan Bijak


Tindakan bijak: Isa

KUALA LUMPUR: Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad menyifatkan tindakan pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang membeli 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) sebagai tindakan bijak.

Menurut Isa, pegawai PKNK mengetahui keuntungan yang akan diperoleh dengan pembelian saham itu dan sekali gus membuat keputusan untuk membelinya bagi tujuan perniagaan tanpa merujuk dulu kepada lembaga pengarah.


Katanya, tindakan yang dibuat itu amat tepat kerana PKNK tidak boleh menunggu begitu lama keputusan daripada lembaga pengarah kerana waktu pembelian saham adalah singkat.
Semalam, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mendakwa wujud salah faham dilakukan pegawai PKNK terhadap pembelian saham FGV apabila pegawai itu membeli saham terbabit tanpa merujuk anggota lembaga pengarah PKNK terlebih dulu.

Mahfuz berpendapat ia mungkin disebabkan kegagalan pegawai terbabit memahami dan menjiwai keputusan politik dan parti yang menguasai negeri itu.

Isa berkata, Mahfuz sepatutnya bersyukur kerana pegawainya begitu cekap dengan tidak melepaskan peluang memiliki saham yang mendapat permintaan tinggi. “Kenyataan itu sepatutnya tidak dikeluarkan sebaliknya dia perlu berterima kasih kepada pegawai PKNK.


“Pegawainya tahu sekiranya peluang ini tidak diambil, memang tidak akan ada lagi peluang keemasan untuk memperoleh keuntungan. Saya mengucapkan tahniah kepada pegawai PKNK kerana begitu cekap dan cerdik dalam membuat keputusan,” katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Tanaman Semula Risda dan Felda, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Sri Mohd Shafie Apdal. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) meluluskan 500,000 unit saham FGV kepada PKNK yang dibeli dengan harga RM4.55 seunit di mana jumlahnya RM2,275,000.

Setakat ini, PKNK sudah menjual 50,000 unit saham FGV di pasaran pada harga RM5.50 seunit dan memperoleh keuntungan kasar sebanyak RM47,500.
Sumber: Harian Metro, Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/18

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design