Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Tuesday, July 31, 2012

Syaleza Jaffar Eksekutif TV9 Meninggal Dijerut

Syaleza Jaffar Staf TV9 Meninggal Dijerut



Al Fatihah Untuk Allahyarhamah Syaleza Jaffar. Salam takziah Bicara Hati Ibu ucapkan untuk keluarga mangsa. Semoga anak kecil zuriat mangsa dipelihara dengan baik.

Ketua Polis Selangor sahkan Syaleza mati dijerut

SHAH ALAM: Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.

Beliau berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa. 

Berita Felcra agih dividen RM400 juta

Felcra agih dividen RM400 juta

 

TEMERLOH - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Felcra memperuntukkan sejumlah RM400 juta sebagai bayaran dividen kepada 85,000 peneroka tahun ini.

Beliau berkata, dividen itu akan dibayar mulai minggu depan mengikut keluasan tanah peneroka.

Sunday, July 29, 2012

Doa Buat Saudara SeIslam Rohingya dan Lain-lain

Doa Buat Saudara SeIslam Rohingya dan Lain-lain
Mari Kita Doa Buat Saudara SeIslam


بسم الله الرحمن الر حيم

اللهم صل على سيدنا محمد
يا رب صل عليه وسلم

Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam  ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku berikanlah Rahmat dan Kesejahteraan kepada Nabi Muhammad s.a.w

اللهم صل على سيدنا محمد
يارب فارحم والدينا
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam  ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Belas Kasihanilah IbuBapa-IbuBapa kami sekalian

اللهم صل على سيدنا محمد
يارب وارحمنا جميعا
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam  ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Belas Kasihanilah kami semua ini (sekalian kami)

اللهم صل على سيدنا محمد
يارب وارحم كل مسلم
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam  ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Belas Kasihanilah Segenap / Seluruh orang Islam ( Saudara kami )

اللهم صل على سيدنا محمد
يارب واغفرلكل مذنب
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam  ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Ampunilah setiap mereka yang berdosa

اللهم صل على سيدنا محمد
يارب واصلح كل مصلح
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam  ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Perbaikilah diri setiap mereka yang ingin memperbaiki diri mereka kepadaMu

اللهم صل على سيدنا محمد
يارب يا سامع دعانا
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam  ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Wahai Dzat yang Maha Mendengar akan doa-doa kami.
( perkenankan doa kami)

Amin
Allahumma Amin ya Lathiff

(Entry ini yang di publish pada 25/7/2012 akan berada pada post pertama blog ini sehingga 29/7/2012. Untuk post terbaru, sila skrol blog ini ke bawah. 
Terima kasih atas kesudian tuan tuan dan puan puan melayari blog ini) 
 Qunut Nazilah Buat Rohingya



Selawat dan salam dan Al Fatihah dihadiahkan khas buat baginda Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga ahlul bait Baginda SAW,  sahabat-sahabat baginda, para pejuang Islam, 
para kekasih Allah,  kepada semua Umat Islam di dunia ini walau di mana sahaja mereka itu berada, khususnya yang sedang dalam kesusahan dan penganiayaan ya Allah,
juga disertakan sekalung Al-Fatihah buat ahli keluarga kita dan sahabat-sahabat kita semua sama ada yang masih hidup atau sudah tiada yang mana mereka itu beriman.. Al-Fatihah 

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada ALLAH SWT, negara kita tahun ini mengecapi nikmat merdeka selama 55 tahun.  Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan buat saudara seIslam kita baik yang masih hidup dan juga yang telah meninggal dunia.

Hari ini kita mendoakan mereka yang telah tiada mungkin saat kita tiada nanti ada orang lain pula yang mendoakan untuk diri kita. 

Allah...Alhamdulillah kami bertemu lagi Ramadhan kali ini. Ramadhan 1433 Hijriah yang telah dilewati beberapa hari. Allah...kasihanilah kami, Ya Allah. Kami umat Nabi Muhammad SAW yang hidup di akhir zaman, memohon belas dan kasih sayangMu serta pembelaanMu. 



 TERBAKAR...rumah etnik Rohingya dibakar dalam usaha mengusir 
mereka dari bumi Myanmar. 


Kini, Saudara seIslam kita di Syiria sedang bergolak. Begitu juga di Myanmar sedang ditimpa musibah dan lain-lain tempat lagi .

Nu’man bin Basyir r.a berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

“Kemesraan, kasih sayang, dan saling berbelas kasihan antara orang-orang beriman diibaratkan seperti satu jasad; apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam serta merasa panas dan gelisah.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Seperti syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah menggariskan bahawa menjadi sunat (tanggungjawab) seorang Muslim sekurang-kurangnya mendoakan muslim yang lain sebaik sahaja bertemu dan sejurus sebelum mereka berpisah. 

Apabila seseorang Muslim itu didoakan saudara seiman yang lain tanpa pengetahuannya, orang yang mendoakannya turut didoakan oleh malaikat dengan doa yang sama.

Tragedi Kapal Terbakar dan Meletup di Labuan

Tragedi Kapal Terbakar dan Meletup di Labuan



KELIHATAN kapal tangki bahan kimia dan minyak sawit 
milik MISC Berhad Bunga Alpinia yang terbakar dalam tragedi itu.

 
Anggota bomba dan penyelamat memadam api pada kapal tangki minyak Bunga Alpinia yang musnah terbakar dan meletup di jeti terminal PETRONAS Chemicals Methanol Sdn Bhd


(Entry utama sehingga 29/7/2012, Ahad)

Takziah kepada keluarga mangsa.
Update Pada Sabtu:

Al Fatihah kita hadiahkan kepada mangsa kapal meletup iaitu Allahyarham  Mohd. Hanafi Kalil, 24, dari Melaka dan Allahyarham Zahari Hassim, 46, dari Negeri Sembilan. Mayat dua anak kapal ini telah ditemui.


LABUAN – Seorang maut manakala empat hilang apabila kapal tangki Bunga Alpinia membawa bahan bakar dan minyak sawit milik MISC Berhad terbakar dan meletup di Jeti Terminal Loji Petronas Methanol Labuan berdekatan Pulau Enoe, Zon Industri Rancha-Rancha dekat sini semalam.

Kejadian pukul 2.40 pagi itu dipercayai berlaku akibat kapal tersebut disambar petir ketika hujan lebat melanda pulau bebas cukai Labuan. 

Difahamkan kebakaran bermula dari dek kapal diikuti siri letupan sehingga kapal tersebut hampir hangus keseluruhan.

Saturday, July 28, 2012

Pasangan Pengantin Muda Shafiq Yana

Pasangan Pengantin Muda Shafiq Yana

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Rasanya dah ramai rakan yang tahu berkenaan pasangan pengantin muda yang mana rakaman majlis perkahwinan mereka kelihatan meriah. Rakaman itu ada dimuat naik di youtube.


Pelbagai pendapat diutarakan dalam internet ini. Sebenarnya semasa saya tinggal dan bekerja di sebuah kawasan perkampungan beberapa tahun dahulu, acap juga saya temui pasangan muda sudah bernikah. Tak apelah. Berkahwin awal bagus juga kalau sudah jumpa jodoh yang serasi.

 Apapun, tahniah kepada pasangan pengantin baru muda ini. Tak sangka rupanya perkahwinan muda pasangan sejoli ini akhirnya mendapat perhatian Harian Metro. Artikel ka bawah ni saya copy dari Metro Online.

 

PEKAN: Video majlis perkahwinan pengantin muda, Syafiq, 16 dan Yana, 14, yang dipaparkan di YouTube hingga menarik perhatian lebih setengah juta penonton mengejutkan ayah pengantin lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 37.

Man berharap, majlis perkahwinan anaknya itu tidak dijadikan isu kerana berkahwin pada usia muda seakan-akan sudah menjadi tradisi dalam keluarganya.

HKL Cipta Sejarah Kembar Siam berjaya dipisah

Tahniah HKL Cipta Sejarah Kembar Siam berjaya dipisah

Muaiman (kanan) dan Muaimin beberapa hari selepas dilahirkan pada 14 April, 2011. - Foto Ihsan HKL

Azli di samping Muaimin ketika ditemui di Institut Pediatrik HKL, hari ini, sementara Muaiman berada di bilik bedah.

TIONG LAI menziarahi Muaimin Azli (depan) dan kembarnya
Muaiman Azli yang selamat menjalani pembedahan pemisahan di Hospital Kuala Lumpur semalam.  

 Tahniah HKL, kerana teknik pembedahan memisahkan sistem saluran kencing dan kemaluan Muaiman Azli serta adiknya, Muaimin, berusia 15 bulan adalah yang pertama dilaporkan di dunia.

INFO KEMBAR SIAM MUAIMIN AZLI, MUAIMAN AZLI :

-Anak kedua dari empat beradik
- Dilahirkan pada 14 April 2011 di Hospital Sultanah Aminah (HAS), Johor Bharu.
- Dihartar ke HKL pada 15 April 2011
- mempunyai tiga kaki 
- Tulang pelvik bercantum
- berkongsi pundi kencing 
- Tiada dubur
- satu alat sulit
- Dipisahkan pada 14 April 2012 pada jam 10.10 malam
- Kembar siam ke 14 berjaya dipisahkan dalam pembedahan di HKL

HKL Cipta Sejarah Kembar Siam berjaya dipisah

KUALA LUMPUR – Pakar-pakar perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mencatat satu lagi sejarah apabila berjaya memisahkan kembar Siam berusia setahun yang berasal dari Segamat, Johor dan bercantum di bahagian tulang pinggul baru-baru ini.

Mereka yang terdiri daripada 19 pakar bedah dan anastetik serta 36 jururawat dan pegawai perubatan berjaya memisahkan kembar Muaiman Azli dan Muaimin dalam satu pembedahan maraton selama 24 jam.

Pasangan kembar tersebut yang bercantum di bahagian tulang pinggul dan turut berkongsi usus dan saluran kencing tetapi tiada lubang dubur, selamat menjalani pembedahan untuk pemisahan pada 15 Julai lalu.
Ketua Jabatan Bedah Pediatrik HKL, Datuk Dr. Zakaria Zahari berkata, pembedahan tersebut bertujuan memisahkan dan menstrukturkan semula anggota badan kembar tersebut

“Kami berjaya memisahkan mereka pada pukul 10.10 malam pada hari pertama pembedahan iaitu 14 Julai lalu sebelum dua pasukan pakar bedah bertanggungjawab ke atas bayi tersebut masing-masing.

Mayat Guru Ditemui Dalam Tandas

Mayat Guru Ditemui Dalam Tandas



Al fatihah untuk allahyarham dan salam takziah untuk keluarga Allahyarham Mohd Khairudin Nordin,  55, Guru Sekolah Arab Maahad Muhammadi Rantau Panjang, Banggol Kulim, Pasir Mas.

Friday, July 27, 2012

BHI Join Giveaway Ciktom Yang Kedua

BHI (Bicara Hati Ibu) Join Giveaway Ciktom Yang Kedua

cik tom punye banner

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah hari ini Ramadhan ke 7 pada 1433 Hijriah/ 2012 Masihi di Malaysia yang bertuah ini. Hari Jumaat yang cerah di sini. Di kesempatan masa yang ada pada hari ini, saya meninjau-ninjau beberapa blog rakan-rakan. Maaf ye yang ada saya tak sempat nak tinggalkan jejak.
Puan Cjai,http://ummuainries.blogspot.com ada menganjurkan entry Segmen Ramadhan,  tapi saya dah terlepas tarikh pula,:(. Takde rezeki, namanya, kan.


Pada kali ini, saya join satu giveaway Blogger yang juga merupakan salah seorang follower Blog Bicara Hati Ibu. Gadis blogger ini bagi saya merupakan blogger yang famous iaitu Ciktom. 

Bersempena ulang tahun ke 2 blog ciktom[dot]com, Cik Tom telah pun menganjurkan satu giveaways dan sekarang masih berlangsung lagi.


Suatu yang menarik tentang blog ciktom, walaupun baru 2 tahun berblog pagerank blognya Alhamdulillah berada pada kedudukan PR3 dari PR10 semenjak dari tahun lepas. Bagi saya ia suatu pencapaian yang sangat baik dibandingkan saya dalam membina blog raudhatulukhuwah yang kemudian bertukar ke myukhuwwah ini. Almaklumlah ada masanya, saya terpaksa tinggalkan blog ini sampai 'bersawang-sawang' atas sebab yang tak dapat dielakkan.

Mungkin bagi rakan-rakan dan adik-adik yang benar-benar ingin serius dalam dunia blogging boleh ambil ilmu dan tip dari penulisan ciktom ini. Saya memetik kata-kata ini dari ciktom.com:


"Bagi yang mempunyai target dalam dunia blogging ini kena rajin dan berani untuk mencuba perkara baru selagi tidak menyalahi etika dunia blog dan halal di sisi agama Islam. Jangan putus asa untuk mencari ilmu blogging percuma atau berbayar dan cuba praktiskan satu persatu untuk mencari kesesuaian dengan diri dan blog. Bagi yang menulis blog kerana minat insyaAllah segala perkara yang lain akan datang dengan sendirinya jika kita ada minat dan azam yang kuat."

Saya suka tengok Imej buah tomato yang cute. Sebab apa saya suka tengok buah tomato tu? He he sebab saya pun suka buah tomato tu juga, macam ciktom.

(Buah tomato lagi enak dimakan mentah.  Apatah lagi diletak dalam asam pedas atau kari, saya dan anak pasti berebut nak buah tu,:). Tomato memang buah yang berkhasiat, ops lari dari tajuk ni). 

Imej buah tomato gurlz digabung color pink (oh pink lagi) dan beberapa color lain sangat menarik hati saya ketika saya membaca artikel di blog beliau, tapi jarang tinggalkan komen.:) .

Macam-macam ada dekat blog Cik Tom. ada tutorial blog, kisah kehidupan dan resipi pun ada. Kiranya, serba serbilah ada dala, blog Cik Tom.

Blog Tomatogurlz Tomato Gurl’s Life yang akhirnya diringkaskan menjadi ciktom.com memang domain yang bagus, bagi saya, ringkas dan padat.

Oleh sebab syarat nak join giveaway ni, kita kena letak artikel mana yang terbaik di blog kita sendiri berserta link, maka saya dengan ini merasakan entry "Sakit Itu Sebab Kita Ada Dosa ke Mama?" di sini.

Artikel yang saya kongsikan itu berdasarkan pengalaman saya bersama anak sulong saya. Ketika soalan 'cepu emas' diajukan kepada saya, saya tidak marah kepada anak saya. Cuma lidah ini bagai kelu seketika nak mencari jawapan terbaik agar mind setting nya tak tersalah persepsi terhadap orang sakit.

Soalannya juga segera mengimbau kenangan di lantai wad. 

Terbayang wajah Kak Z, seorang ustzah yang buta kedua matanya dan tidak boleh berjalan setelah diserang diabetis yang teruk sedang menghafaz Al Quran sambil di 'tasmiq' oleh ibunya yang juga guru mengaji Al Quran. Kemudian ingatan ini melayang kepada  wajah Kak Nor yang baru menjalani operatian membuang payu dara disebabkan barah stage 4. 

Paling tak lupa wajah wajah Datin N yang very humble walaupun beliau seorang VIP dan terpaksa kongsi wad dengan kami. Datin N telah lebih 7 tahun (ketika itu) menghidap barah stage 4, wajahnya yang tenang membaca Al Quran usai menjalani kimo.

Semangat wajanya saya kagumi, beliau hamilkan anak bongsu ketika barah itu sudah bersarang di tubuhnya dan hajatnya sudah tertunai untuk melihat anaknya memebesar di depan mata. dan beberapa wajah lain. Kenangan di lantai wad di mana secara tak langsung saya menjadi 'kaunselor tak rasmi' rakan-rakan sewad apabila ada pelawat yang mengajukan kata-kata,"

"Kamu/mu sakit sebab dosa mu,lah,"....

Kata-kata ini memang nampak ringkas tapi sangat terkesan kepada gegendang yang menerima terjahan.

Lalu terhasillah entry tersebut....

Harga 20 Barang Makanan Dikawal Sempena Aidilfitri 1433

Sempena Aidilfitri Harga 20 Barang Makanan Dikawal 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sempena Aidilfitri 1433 Hijriah/ 2012, terdapat 20 barang makanan yang dikawal harganya.

Gambar di bawah ialah senarai harga siling 20 jenis barangan harga terkawal untuk dikuatkuasakan mengikut Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011. 

Bagi senarai 20 Jenis barang Makanan mengikut Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2012, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata senarai barangan dan harganya telah pun siap dan akan dibentangkan ke kabinet dahulu sebelum diumumkan, dijangka seminggu sebelum Aidilfitri. 

Oleh itu, blog myukhuwwah hanya muatnaik gambar senarai barang makanan yang dikawal untuk tahun 2011 je.

Sumber diambil dari petikan Berita Harian tahun 2011 dan web rasmi KPDNKK.



BARANG-BARANG HARGA TERKAWAL
 SKIM KAWALAN HARGA MUSIM PERAYAAN
 HARI RAYA PUASA 2011
1.
 Ayam hidup
2.
 Ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal)
3.
 Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)
4.
 Daging lembu tempatan
5.
 Daging lembu import
6.
 Daging Kerbau Tempatan
7.
 Daging kerbau import (India)
8.
 Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji)
9.
 Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji)
10.
 Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji)
11.
 Kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk Beijing)
12.
 Cili merah
13.
 Tomato
14.
  Kelapa biji (borong)
15.
 Kelapa parut (runcit)
16.
 Bawang merah kecil (India)
17.
  Bawang putih (China)
18.
 Kacang Tanah Import
19
 Ikan kembung

Harga 20 barang makanan dikawal sempena Aidilfitri

20 Barang Makanan Skim Kawalan Harga Sempena Aidilfitri Dikenal Pasti

PUTRAJAYA, 26 Julai (Bernama) -- Sempena Aidilfitri tahun ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengenal pasti 20 jenis barangan makanan yang akan diletakkan dalam skim kawalan harga musim perayaan 2012.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata senarai barangan dan harganya telah pun siap dan akan dibentangkan ke kabinet dahulu sebelum diumumkan, dijangka seminggu sebelum Aidilfitri.

Touch ‘n Go Percuma Diberi SILK

Touch ‘n Go Percuma Diberi SILK


Ketua Operasi Silk Holdings Berhad, Adzmi Shafie, (kiri) ketika memberi kad Touch ‘n Go percuma kepada pengguna Lebuh Raya Silk.

Sejumlah 500 kad Touch ‘n Go diberi percuma kepada pelanggan di Plaza Tol Sungai Ramal sebagai inisiatif pemegang konsesi dan pengendali Lebuh Raya Kajang Silk, dan Touch ‘n Go Sdn Bhd, untuk menyenangkan pengguna.

Inisiatif itu dianjurkan bertujuan menggalakkan penggunaan lorong Touch ‘n Go di samping menggantikan sistem tunai biasa.

Tasik Pink Hebatnya Allah

Tasik Pink Hebatnya Allah






On Pink! 

Ini adalah gambar tasik yang dinamakan 'Pink Lake' di Western Australia. Tasik ini merupakan tasik garam. Ia terletak kira-kira 3 kilometer barat yang Esperance.  Dalam musim panas, apabila suhu air cukup tinggi dan cahaya yang mencukupi, biasanya terjadilah warna merah jambu itu.

Di dalam al Quraan yang suci Allah menyebutkan Dialah yang menciptakan alam semesta ini dengan kekuasaan dan kehendakNya. FirmanNya yang bermaksud:

"Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah     perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu terjadilah', dan  di tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia  mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha  Bijaksana lagi Maha Mengetahui"
al Anaam: 73

Biasanya sejenis alga  hijau dikenali sebagai  Dunaliella Salina mula mengumpul merah pigmen Beta Karotena.
 

Ahli Arkeologi Jumpa Bot Firaun

Rangka bot firaun ditemui di Abu Rawash


SEORANG pekerja mengukur lebar rangka sebuah bot Firaun. 


Arkeologi dilihat bekerja pada rangka bot kayu di Rawash Abu (AFP / Mesir Kementerian Antikuiti)

KAHERAH - Rangka sebuah bot kayu yang digunakan pada zaman firaun dan berusia 5,000 tahun ditemui di kawasan arkeologi Abu Rawash, barat Kaherah oleh beberapa ahli arkeologi Perancis.

Panjang bot solar itu ialah 6 meter (m) panjang dan 1.5m lebar.

Pendedahan penemuan itu dibuat oleh Kementerian Antikuiti Mesir kelmarin.

Thursday, July 26, 2012

Maria TV Guna Pekerja Wanita berpurdah

Maria TV Saluran TV guna pekerja wanita berpurdah




 BEBERAPA pekerja wanita di studio saluran televisyen Maria TV di Kaherah pada 23 Julai lalu. 

Di Malaysia kita ada dua stesen TV yang agak Islamik. Rasanya kebanyakan kita dah tau TV apakah dia. 

Dua stesen TV ini ialah TV Al Hijrah dan Astro Oasis.  Kedua-dua stesen ini mengudarakan rancangan berunsur keagamaan sepanjang masa.  Oh iya, baru-baru ni pula, Sempena Ulangtahun IKIM Ke 20 tahun,  dah dilancarkan TVIKIM.

Maria TV ialah stesen TV muslimah Mesir yang dikendalikan oleh muslimah yang berniqab sepanjang masa. Semua pekerja Maria TV dari pengacara sehinggalah ke krew produksi memakai niqab.

Maria TV mula beroperasi Jumaat yang lalu sempena mengambil berkat hari pertama Ramadan Al Mubarak. Stesen ini ke udara 6 jam sehari dan masa operasi akan ditambah apabila permintaan meningkat.

Gempa Kuat di Sumatera

Gempa Kuat di Sumatera

Gambar Peta Kedudukan Kawasan Yang dilanda Gempa
 Sumber; Kosmo



Warga berhamburan ke luar rumah saat terjadi Gempa berkekutan 6,4 Skala Richter (SR) menggetarkan Pulau Simeulue, Rabu (25/7) pukul 07.25 WIB.

SINABANG, Indonesia - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter menggegarkan pantai barat Pulau Sumatera semalam dengan menyebabkan penduduk bertempiaran keluar dari kediaman dan bangunan. 

Pihak berkuasa berkata, seorang lelaki rebah dan mati akibat terkejut semasa dia keluar dari rumahnya. Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan, gempa yang berpusat pada kedalaman 22 kilometer itu berlaku pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan kira-kira 34 kilometer ke barat laut Sinabang. 

Suu Kyi asks MPs to back minority rights

Suu Kyi asks MPs to back minority rights

Suu Kyi meminta Ahli Parlimen untuk menyokong hak-hak minoriti

Myanmar opposition leader Aung San Suu Kyi speaks during a regular session at the lower house of parliament in Naypyitaw, Wednesday. — AFP 

NAYPYITAW — Myanmar opposition leader Aung San Suu Kyi used her first speech in parliament Wednesday to call for laws protecting the rights of the country’s impoverished ethnic minorities.

The Nobel Peace Prize winner and democracy crusader won her first seat in Myanmar’s parliament in a historic April by-election that was seen as a key step in the country’s transformation from military rule to fledgling democracy.


Suu Kyi stood from her seat toward the back of Myanmar’s parliament to call for an end to discrimination against ethnic minorities as part of the “emergence of a genuine democratic country.”

Apabila Malaysia juga boleh tenggelam

Apabila Malaysia juga boleh tenggelam

KAWASAN pantai yang terhakis seperti di Tanjung Piai, Johor ini lebih mudah tenggelam jika berlaku kenaikan paras laut. 
KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia terutama kawasan pesisir pantai berisiko ditenggelami air laut jika lapisan ais di Greenland cair sepenuhnya. 

Pakar geologi, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, risiko itu timbul kerana kejadian ais cair di pulau berhampiran Kutub Utara tersebut jika berterusan boleh menyebabkan paras air laut termasuk Laut China Selatan dan Selat Melaka meningkat. 

“Apabila air laut meningkat maka daratan Malaysia akan ditenggelami air laut terutama kawasan pesisir pantai yang berada pada kedudukan rendah. 

Bufet Tak Halal Hotel Diserbu

Bufet Tak Halal Hotel Diserbu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana hari ini kita masih dihidupkan Ilahi bagi meneruskan pengabdian yang mutlak kepada Allah SWT Yang Maha Esa.

Melewati fasa ramadhan kali ini, pasti kita ada menerima jemputan menghadiri majlis berbuka puasa, termasuk majlis yang diadakan di hotel.

Sebagai Umat Islam, kita perlu peka dan prihatin dengan status halal makanan dan minuman yang kita ambil. 

Sebenarnya, makanan dan minuman halal sangat penting dalam kehidupan seorang Muslim. Boleh lihat artikel ini,

Jom Makan Makanan Halal Dari Sumber Halal, klik di sini.

Makanan halal pengaruhi amal ibadat, klik di sini.

Bufet Tak Halal Hotel Diserbu

Kajang: Sebuah hotel empat bintang di sini diserbu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) selepas dipercayai menawarkan bufet Ramadan tanpa pengesahan halal.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang semalam, pengurusan hotel yang terkejut dengan kehadiran pegawai JAKIM, mendakwa sudah memohon sijil halal. 

Bonus Raya Penjawat Awam CUEPACS Sambut Baik

Bonus Raya Penjawat Awam CUEPACS Sambut Baik

CUEPACS sambut baik bonus raya

CUEPACS mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Kesatuan yang mewakili kira-kira 1.4 juta kakitangan awam di negara ini, turut menyifatkan bonus itu sebagai hadiah Aidilfitri selain mampu mengurangkan beban kewangan mereka yang berpendapatan rendah.

Manfaat bonus

Presidennya, Datuk Omar Osman, menggesa kakitangan kerajaan yang bakal menikmati bonus itu supaya memanfaatkan imbuhan berkenaan dengan merancang perbelanjaan mereka.

Wednesday, July 25, 2012

Kisah Pok Mat Lewa Berpoligami 3 Isteri

Kisah Pok Mat Lewa Berpoligami 3 Isteri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kisah masyarakat ini saya ambil daripada Harian Metro.




Rumah Asiah dan Ani berdekatan rumah Siti Aisyah (kanan) 
di Kampung Kandis, Lebuhraya Pasir Puteh-Jeli.

Tenang lihat Pok Mat Lewa

PASIR PUTEH: “Sekali pandang wajahnya biasa saja dan mungkin ramai wanita tidak berkenan, tapi bila sudah kenal hati kami yang gundah jadi tenang sebaik melihat senyumannya,” kata Siti Aisyah Awang Kechik, 56, isteri pertama Muhamed Yunus, 58, sambil disokong dua madunya, Asiah Yahya, 48, dan Ani Abd Rahman, 42.

Menariknya, rumah dua madu Muhamed, Asiah dan Ani didirikan berhampiran rumahnya bersama isteri tua, Siti Aisyah di Kampung Kandis, Lebuhraya Pasir Puteh-Jeli, dekat sini, dan mereka hidup berjiran dengan penuh harmoni.

Gambar Wajah 'The Joker' seperti zombie

'The Joker' seperti zombie

Apa Itu Skizofrenia

Penyakit Skizofrenia atau Schizophrenia ertinya keperibadian seseorang itu berpecah belah, dan mendapat gangguan perasaan. 

Dalam erti kata yang lain apa yang dilakukan tidak sama dengan apa yang bermain difikiran dan perasaanya. Secara lanjutnya penyakit  skizofrenia ini adalah orang yang mengalami gangguan emosi, dan memberi kesan kepada fikiran dan peribadi seseorang. 

Oh iya. Skizofrenia ini bukan histeria ya. Info lanjut berkaitan penyakit ini, sila klik readmore pada entry ini.


Kombinasi foto menunjukkan beberapa reaksi wajah Holmes di mahkamah Arapahoe.

Centennial: Lelaki menggelar dirinya The Joker selepas membunuh 12 orang di sebuah pawagam di Aurora, Denver, mungkin ada penyakit mental selepas muncul di sesi mahkamah dengan penampilan tidak bermaya, tiada emosi selain mendapat tumpuan kerana rambutnya yang berwarna merah.

Pakar jenayah Universiti Virginia, Dr Joan Neff, berkata tingkah laku James Holmes di mahkamah konsisten dengan seseorang yang menderita penyakit mental seperti skizofrenia.  

Tragedi Ramadhan Tetak ibu tegur tak puasa

Tetak ibu tegur tak puasa

Teluk Intan: Seorang remaja tergamak mencekik dan menetak ibunya dengan parang hanya kerana ditegur tidak berpuasa, kelmarin.


Dalam kejadian jam 2 petang di Kampung Redang Ponggor, Labu Kubong, Chenderong Balai, dekat sini, mangsa berusia 40 tahun yang sedang menyiapkan juadah berbuka, memarahi anak sulungnya berusia 19 tahun kerana tidak berpuasa. 

 Capai parang serang ibu

Tuesday, July 24, 2012

Jadual Berbuka Puasa dan Imsak JAKIM 1433H/2012M

Jadual Berbuka Puasa dan Imsak JAKIM 1433H/2012M
 
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Seluruh Malaysia Tahun 2012M / 1433H



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, kita bertemu lagi Ramadhan ini. Kali ini pada 1433 Hijriah. 

Telah lebih seribu tahun Nabi Muhammad SAW meninggalkan kita. Namun, Baginda Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan kita 2 pusaka.Al Quran dan Hadith sebagai panduan kehidupan kita, InshaAllah.

Salam ramadhan buat semua pembaca blog myukhuwwah. Saya sangat berbesar hati dengan kesudian tuan puan saudara saudari singgah ke blog ini. Semoga tuan puan saudara saudari beroleh menfaatnya. Di entry ini saya muat naik Jadual waktu Berbuka Puasa dan Imsak yang dipetik daripada JAKIM.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Seluruh Malaysia Tahun 2012M / 1433H
 

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012 Bagi Negeri Melaka

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012 Bagi Negeri Perak

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012 Bagi Negeri Sarawak

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012 Bagi Negeri Sabah

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012 Bagi Negeri Terengganu

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012 Bagi Negeri Kelantan

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012 Bagi Negeri Selangor

Arapaima Gergasi Masuk Kampung

Arapaima Gergasi Masuk Kampung

Nizam (kanan) bersama penduduk lain menaikkan bangkai ikan arapaima yang dijumpai di sungai itu.

Kecoh ikan gergasi masuk kampung

BALING - Penduduk setempat di kawasan Kampung Lubuk Pedati kecoh setelah menjumpai ikan gergasi iaitu jenis arapaima sepanjang 1.5 meter yang terdampar di dalam sungai berdekatan kampung itu kira-kira jam 1.30 petang, kelmarin.

Ikan air tawar terbesar di dunia itu dijumpai berdeka-tan tebing sungai sebelum ia dikerumuni penduduk kampung yang melalui kawasan sungai itu.


Kebanyakan penduduk kampung terkejut kerana pertama kali melihat ikan bersaiz luar biasa itu terdampar di dalam sungai tersebut.


Penduduk, Nizam Hussin, 48, berkata, kemungkinan ikan gergasi sering dijumpai di Sungai Amazon itu dibuang oleh pihak tertentu sebelum hanyut ke kawasan perkampungan penduduk.

Peluang Pekerjaan Lepasan Institusi Agama Indonesia, Banyak kekosongan bidang agama: Jamil

Peluang Pekerjaan Pelajar yang mengikuti pengajian di institusi agama di Indonesia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ada mempunyai rakan lepasan IAIN Indonesia, yang bekerja sebagai Guru jQAF. Tambahan pula keperluan jQAF memang sangat diperlukan dewasa ini.

Ada juga yang diterima masuk ke KPLI Sekolah Rendah dalam bidang Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Berdasarkan pengalaman, klien lebih suka jika seorang Guru Kaunselor yang mempunyai latar belakang pendidikan agama secara formal.

Ini kerna, sesetengah klien malu bertemu ustaz ustazah, jadi sudah kebetulan kaunselor mempunyai latarbelakang pendidikan agama secara formal, mudah bagi klien bertanya berkaitan kemyuskilan hukum hakam Islam.

Banyak kekosongan bidang agama: Jamil

Kuala Lumpur: Isu kekurangan peluang pekerjaan pelajar yang mengikuti pengajian di institusi agama di Indonesia mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Serentak itu, beliau akan menemui pemimpin Persatuan Kebajikan Pelajar Malaysia-Indonesia (PKPMI) kerana menganggap masalah itu tidak sepatutnya berlaku berikutan banyak kekosongan jawatan dalam bidang agama di negara ini seperti guru Kelas Jawi, al-Quran, Bahasa Arab Komunikasi dan Fardu Ain (JQAF) serta perbankan Islam. 

Jasad Kanak-kanak Ditemui di Kolam Takungan Air

Jasad Kanak-kanak Ditemui di Kolam Takungan Air

                 Alfatihah untuk Allahyarham  Nurul Yaqin Makasar.  
Salam ketabahan untuk keluarga mangsa. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
InshaAllah, pasti ada hikmah menanti untuk
 ibu dan ayah ini jika mereka tabah hadapi ujian pahit ini.

Jasad anak ditemui



SEDIH...Misnati (tengah) bersama suami, Markasan dan anak mereka, Nikmatul menunjukkan pakaian kegemaran Yaqin. Gambar kecil, Yaqin. 

AMPANG: Mayat kanak-kanak yang hilang selepas terjatuh di lubang saliran air Taman Putra di sini, sejak Jumaat lalu, Nurul Yaqin Makasar, 11 ditemui di kolam takungan air berhampiran Flat Sri Johor Bandar Tun Razak, di ibu negara, petang semalam.

Mangsa ditemui anggota Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak yang menjalankan operasi mencari mangsa jam 5.30 petang.

Sementara itu, ibu mangsa, Misnati Hullah, 48, yang dihubungi mengesahkan penemuan anak bongsunya itu sebelum diminta ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

“Kami dimaklumkan oleh anggota polis mengenai penemuan Yaqin sejurus masuk waktu berbuka puasa kira-kira jam 7.35 malam dan membuat pengecaman di hospital pada jam 8.35 malam.

“Memang sah itu jasad Yaqin, namun kami hanya dibenarkan membawa pulang jenazah pagi esok (hari ini) kerana hospital perlu melakukan bedah siasat,” katanya.

Misnati berkata, sejak anak bongsunya itu hilang selepas terjatuh dari longkang dan dihanyutkan arus deras, dia sentiasa berdoa dan mengaji al-Quran berharap jasad anaknya itu ditemui untuk disemadikan dengan sempurna.


Sektor Swasta Mula Persaraan 60 Tahun

Swasta boleh mula persaraan 60 tahun

Putrajaya: Majikan yang mahu melaksanakan umur persaraan baru kakitangan swasta daripada 55 kepada 60 tahun, boleh berbuat demikian mulai sekarang.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata walaupun kerajaan belum menetapkan tarikh atau tempoh tertentu untuk penguatkuasaan Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012, majikan sememangnya digalak berbuat demikian sekarang.

Pada masa sama, beliau berkata, kementerian akan menemui pelbagai pihak berkepentingan termasuk Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bagi membincangkan isu terbabit.

Tak perlu ponteng lagi

Tak perlu ponteng lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih wartawan Harian Metro yang menyiarkan berita tentang keluarga ini. Terima kasih kepada JKM dan MAIJ yang mengambil tindakan segera. Pasti guru besar dan guru-guru anak-anak ini gembira dengan kehadiran kembali pelajar ini ke sekolah.

‘Tak perlu ponteng lagi’

JOHOR BAHRU: “Selepas ini, anak saya tidak perlu lagi ponteng sekolah untuk membantu saya menjual nasi lemak bagi menampung kehidupan kami sekeluarga,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Noraini, 35, yang juga ibu kepada tiga kanak-kanak yang terpaksa ponteng sekolah hampir 100 hari akibat keletihan berjalan kaki untuk menjual nasi lemak.
 
Noraini berkata demikian ketika ditemui di kediamannya di Kempas, di sini, semalam, selepas keluarganya menerima kunjungan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru serta Majlis Agama Islam Johor (Maij), untuk memberikan bantuan, semalam.

Rakyat Malaysia di Syiria Dibawa Balik

Rakyat Malaysia di Syiria Dibawa Balik



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat beramal ibadah puasa di siang hari dan amalan soleh solehah di malam hari kepada semua muslimin dan muslimat dari seluruh dunia yang membaca blog ini.

Tertarik dengan kenyataan Saudara Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, 25, Exco Penerangan Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS).:

Ketika ditanya mengenai keadaan rakyat Malaysia di sana, dia menjelaskan, rakyat Syria telah banyak membantu memastikan keselamatan mereka terjamin.

“Jika ada pelajar Malaysia yang pulang lewat daripada kuliah, beberapa orang penduduk yang lengkap bersenjatakan parang dan kayu akan mengiringi pelajar kita pulang ke rumah dengan selamat,” katanya.

Mungkin berminat nak lihat artikel ini, Lelaki Jubah Putih di Syiria, sila klik di sini.

Artikel dan gambar di bawah dipetik daripada Kosmo Online. Ikuti Semua Ingin Balik Ke Malaysia dan Menggigil Dengar Tembakan.

Semua ingin balik ke Malaysia


MUHAMED AMAN (depan) sibuk menguruskan misi membawa pulang pelajar Malaysia di pejabat PPMS di Damsyik, Syria. 

Petugas Persatuan Pelajar Malaysia Syria, Aman Akil dan Syahidan Abu Hanifah (kanan) mengemaskan barang-barang untuk pulang ke Malaysia di pejabat persatuan itu dekat Mujtahid, Damsyik . - Gambar ihsan Muhammad Nadir Al-Nuri


KUALA LUMPUR – Sekretariat Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) sedang berusaha untuk menguruskan dokumen perjalanan dan proses pemindahan 128 pelajar di Damsyik sebelum diserah kepada pihak Kedutaan Malaysia untuk urusan dengan pihak imigresen negara bergolak itu.

Menurut Ahli Jawatankuasa PPMS, Muhamed Aman Akil, 23, semua pelajar terbabit sudah menghantar pasport masing-masing untuk urusan mendapatkan visa keluar (exit visa) daripada kerajaan Syria.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design