Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Wednesday, July 11, 2012

Anak Yatim Piatu Didera Saudara Sendiri

Anak Yatim Piatu Didera Saudara Sendiri


Muliakanlah Anak Yatim 
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”
 
(Riwayat Imam Al Bukhari)

Akibat kematian ayah atau ibu, seorang anak akan merasakan suatu kekosongan dalam hidupnya. Kosong dari curahan kasih sayang dan segala aspek yang memenuhi keperluan hidup seperti makan, minum, pakaian, dan lain-lain. 

Ini menyebabkan seseorang anak yatim itu selalu dihantui oleh perasaan sedih dan hampa. Realiti yang ada di tengah masyarakat sekarang menunjukkan bahawa majoriti anak yatim yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya mengharungi kehidupan yang begitu sukar, menyedihkan dan tersisih. 

Usah sekali kita mengambil hak dan harta anak yatim!

Kisah allahyarhamah nenek saya sebagai anak yatim, masih saya ingati sehingga kini.

Pernah beberapa klien saya yang terdiri daripada anak yatim, anak piatu bahkan yatim piatu berkongsi rasa dengan saya. Selalunya, mereka memerlukan insan lebih dewasa untuk menumpang kasih. 

Kisah Nabi Muhammad SAW, yang yatim sejak usianya 4 bulan dalam kandungan rahim ibunya Siti Aminah Bt Abdul Wahab. Kemudian Nabi Muhammad SAW kematian ibunya pada usia 6 tahun. Lalu menjadilah Nabi Muhammad SAW sebagai anak yatim piatu.

Namun, Baginda SAW sabar dan tabah menghadapi kehidupan kanak-kanaknya, tanpa ayah, tanpa ibu, tanpa adik beradik di sisi. Oleh itu, kisah Nabi Muhammad SAW, adalah kisah anak yatim piatu yang selalu saya bicarakan kepada klien saya yang terdiri daripada anak-anak yatim ini.

Jika di Pahang, ada program khas untuk membantu anak-anak yatim yang diberi nama Program Anak Yatim Permata Hati (PERHATI) oleh Yayasan Pahang.

Saya percaya. Anak yatim piatu  adalah aset berguna pada bangsa dan agama.. Mereka juga berhak untuk menjalani kehidupan dengan gembira. Allah SWT sebagai Tuhan kita dan Tuhan semesta Alam sentiasa ada di sisi kita.

Jika kita lihat Ajaran Islam sendiri, sebagai agama yang menitikberatkan perihal kasih sayang sangat menekankan agar kita mengambil berat terhadap anak yatim sehinggakan al-Quran sendiri secara khusus banyak membicarakan masalah anak yatim ini lebih daripada perihal anak-anak yang lain secara umum. 

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:

”Rumah yang terbaik adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dihormati dan diperlakukan dengan baik. Rumah yang terburuk adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dizalimi dan diperlakukan dengan buruk. "

Anak yatim yang mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup daripada mereka yang menjaganya semestinya akan merasa bahagia dan aman. Namun sekiranya ia tidak mendapat apa yang seharusnya ia peroleh, hidupnya akan rosak dan hal ini menjadi lebih parah jika ia jatuh ke pangkuan orang yang tidak bertanggungjawab yang mendidiknya secara salah dan membentuknya menjadi peribadi yang merugikan masyarakat.

 Saya muat naik berita dari Harian Metro, Rabu ini. Terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan nasib gadis berusia 12 tahun ini. 

Kepada para pelajar, usahlah malu berkongsi kisah kehidupan dengan guru anda, ya. Seperti kes ini, murid perempuan ini mengadu kepada gurunya di sekolah. 

Jom kita jengah satu entry yang ditulis oleh salah seorang folloer Bicara hati Ibu. Kisah benar mengandungi pengajaran .http://sariyusa.blogspot.com/2012/07/ya-allah-aku-nak-sangat-pegang-duit.html

Seksaan jam 2 pagi


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang juga yatim piatu didakwa diperlakukan seperti ‘hamba abdi’ oleh ibu dan bapa saudaranya sejak sebulan lalu.

Kanak-kanak itu mendakwa dia bukan saja dipaksa bangun tidur seawal jam 2 pagi untuk melakukan pelbagai kerja rumah seperti mengemas dan mencuci pakaian serta tandas, malah jika enggan atau lewat berbuat demikian dia ditampar, diterajang serta dipukul dengan penyangkut baju serta rotan.



Bagaimanapun, penderitaan kanak-kanak berkenaan yang didera pasangan suami isteri berusia 30-an itu berakhir jam 1.30 tengah hari kelmarin apabila diselamatkan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas mangsa menceritakan kejadian dia didera kepada guru di sekolahnya.

Sebaik menceritakan kejadian itu kepada gurunya yang kemudian memaklumkan kepada JKM, sepasukan anggota polis bergegas ke rumah pasangan terbabit di Bandar Mahkota, di sini, sebelum menahan kedua-dua mereka untuk siasatan lanjut.


Sumber polis berkata, rahsia penderitaan mangsa terbongkar selepas kanak-kanak itu mengadu kepada guru sekolahnya mengenai kekejaman ibu dan bapa saudaranya.

SUMBER; HARIAN METRO

8 comments:

Kakzakie Purvit said...

Sampai hati dia buat pada anak saudara sendiri Ummu. Kalau kita anak saudara pasti rasa bagai anak sendiri. Kalau benarlah kena tunggulah balasan Allah pada mereka yg mendera anak yatim-piatu ini..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

terima kasih, Ummu.

Ya Allah, sampai hatinya orang yang memperlakukan anak yatim itu begitu :-(

Ruse Sulaiman said...

Kasihan mrkkan? Dahlah tiada ibubapa. Didera pula. Apalah dosa mrk. Besar pahala pelihara anak yatim ni. Usap kepala mereka pun boleh pahala.

Zaitun said...

Salam ummu...luluh hati bila mendengar ada anak yatim yang diperlakukan sedemikian rupa,ke manalah perginya hati dan perasaan seorang ibu/bapa saudara yang boleh menggantikan ibu/bapa kandungnya.

Semoga kita sebagai hamba Allah yang kerdil dijauhkan dari bersifat sedemikian rupa,insyaAllah.

ummu said...

Kakzakie,ya bagi kita,anak saudara kit,adalah darah dging kita juga yang perlu kita kasihi dan sayangi.mana tahu, kalau kita mati,dialah antara yang doanya sampai pada kita di alam barzakh.tak rugi kan kak kita buat baik pada anak sedara sendiri?

ummu said...

Kak Sari
terima kasih kembali sudi berkongsi pengalaman hidup rakan akak di blog akak.sangat terharu membacanya

ummu said...

Ummu Iman
bagai sudah jatuh
ditimpa tangga
kisah si gadis kecil ini

ummu said...

salam kak zaitun
berkasih sayang seasama kita
dan berbelas kasihan sesama kita
itulah sifat yang Allah suka
kan kak


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design